Ibu Mengandung yang Alahan, Adakah Sekadar Mengada-ngada?

Apabila seorang wanita itu hamil, antara tanda awal kehamilan ialah boleh jadi macam-macam. Setiap tanda kehamilan yang awal bagi setiap ibu yang mengandung mungkin sama atau ada yang sama. Tanda-tanda hamil yang paling famous ialah, pening-pening , loya dan muntah. 

 

alahan-ketika-hamil

 

Tetapi ada juga yang menyatakan tak mengalami sebarang tanda-tanda alahan. Kadang-kadang tak sedar pun, perut dah besar. Jangan risau kalau tak alah, tapi bersyukurlah! Seronok juga yea kalau tak alah. hehe. Saya sendiri alhamdulillah dua orang cahaya mata sebelum ini Allah bagi nikmat alahan sewaktu mengandung. Nikmat la kan, pahala juga tu, lagipun sakit kan buang dosa-dosa kecil. Jadi Alhamdulillah lah. 

Saya pernah cuba nak set dalam kepala saya. “Mungkin aku terlalu ikut perasaan, psikologi je sebenarnya ni”. Jadi memang cuba tanamkan pada diri tak der apa pun, tak alahan apa-apa pun. Sebab ada orang cakap itu semua atas diri, kena set dalam mind. huhu. Malangnya saya gagal. Siapa yang tak mengalami, memang tak kan faham dan tahu. Ianya datang tanpa diundang alahan ni. Mana tak nya, bila saya hamil, bau wangi jadi busuk, perfume suami yang saya suka dan saya yang belikan, saya dah tak suka bau. Saya halang suami saya pakai perfume. Bau masakan yang bagi orang lain sedap baunya, bagiku sewaktu fasa alahan hamil, bau masakan adalah begitu busuk sekali dan memeningkan. Muntah? Wajiblah. Rutin sampai kandungan empat hingga enam bulan. Makan pun memilih. Emosi pun tak stabil, sikit-sikit nak nangis ha. huhu. Mengandungkan anak ke dua  dulu, anak sulung je asyik kena marah. Maafkan mama yer sayang. 

InsyaAllah jika benar diri ini sedang hamil, tanda-tanda yang ketara dilihat untuk yang ke tiga nie, sakit di dalam perut dan sakit kepala. Tangan saya juga kerap menggigil-gigil, walaupun cuaca tak sejuk macam di San Francisco US tempoh hari. hihi.. Macam petang tadi, nak type dekat laptop pun tak boleh sebab tangan ini menggigil-gigil. Sudahnya sakit kepala dan tidur. Pendek kata tanda-tanda tu pelik. Sebab tue sebelum due period pun saya dah check sebab dah kenal badan ni macam mana. 

Tapi alahan ini tak melemahkan saya nak beroperasi berbusiness online yea. InsyaAllah. Masih terlalu awal sebenarnya. Tapi saya tak kisah nak sharing. Anak ke tiga kan. hihi. Semoga membantu ibu-ibu di luar sana yang sedang tercari-cari tanda awal kehamilan. Boleh juga baca entry saya yang sebelum ini, tentang bagaimana saya menguji ujian kehamilan tetapi negative dan kabur saja. 

 

 

Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : Ourlovebonding
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
 
 
 
 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 

One Response
  1. February 24, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!