Cara Kira Due Date Bersalin!

Assalamualaikum.. Salam sejahtera..

Alhamdulillah, daripada tadi saya cuba buka blog tapi tak dapat – dapat. Mungkinkah line internet yang bermasalah, atau wordpress sendiri entah lah.

Malam ni saya nak sharing je. Sharing tentang kehamilan diri sendiri ha. Semoga bermanfaat pada ibu-ibu di luar sana. Seperti yang sedia maklum, dalam entry yang lepas saya ada menceritakan kemungkinan yang saya telah hamil. Tapi saya ragu-ragu sebab line ke dua pregnancy test itu kabur dan digital pregnancy test tulis “not pregnant”. Petang kelmarin saya cuba lagi sekali, alhamdulillah second line upt semakin terang. Jadi bolehla saya kira tarikh edd saya. 

 

kira mengandung berapa minggu

 

Cara Mengira Sendiri Tarikh Jangkaan Bersalin

Saya cuba kira tarikh due date saya, iaitu tarikh jangkaan bersalin melalui laman web BabyCenter , dalam laman web ada pregnancy calculator yang membolehkan kita  mengira berapa minggu baby dalam kandungan dan tarikh jangkaan bersalin kita.

 

Laman web mengira tarikh due

Sistem dalam babycenter online tue menjangkakan due date saya adalah bertarikh 15 June 2015. huhu. Waktu tu damia dah nak masuk tiga tahun. Sungguh rancangan Allah sebaik-baik untuk hambanya. hihi.

tarikh jangkaan bersalin

Semasa kandungan empat minggu, saiz baby dalam perut adalah hanya sebesar buah popi. Kecil comel je. So awal lagi, kena hati-hati jangan angkat benda berat dan makan makanan tajam. Sebab kita tak pasti rahim kita kuat ke tak. dan setiap kehamilan tak sama. Walaupun ini anak ke tiga, mungkin pengalamannya yang berbeza.

Semasa usia kandungan empat minggu, ianya dikenali sebagai bola sel -atau lebih dikenali sebagai embrio. Embrio dibahagikan kepada tiga lapisan yang kemudiannya akan membentuk organ dan tisu. Di bawah sisi kepala dua lipatan tisu akan menjadi telinga.

Tiub saraf  dari mana otak , tulang belakang dan saraf tunjang dan saraf akan berkembang dan terbentuk dalam lapisan atas . Jantung dan sistem peredaran darah mula muncul pada lapisan tengah. Lapisan ketiga bermula ke paru-paru, usus dan permulaan sistem kencing. Dalam pada itu, versi awal plasenta, villi yang korionik dan tali pusat , yang menyampaikan khasiat dan oksigen kepada bayi anda, sudah mula bekerja.

Maklumat di atas saya ambil dari laman web Baby Center. Sungguh besar kekuasaan Allah kan.

Pesanan Buat Ibu-Ibu yang Baru disahkan Hamil

Buat ibu-ibu yang mungkin sedang hamil 2-4 minggu, ingat tau, jangan buat kerja berat-berat, jangan makan makanan tajam seperti tapai, tebu, cuka, air kelapa, dan banyak lagi lah. (nanti nak kena buat entry pasal makanan yang tajam ni). Jaga pemakanan anda, jangan lupa ambil vitamin.

Kehamilan ke tiga kali ini memang saya tak pandang vitamin lain dah. InsyaAllah sepanjang kehamilan saya akan ambil vitamin shaklee je sebab vitamin shaklee ini terbukti selamat dan berkesan! 🙂

 

Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : Ourlovebonding
Pengedar Shaklee Sungai Petani
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com 

10 Comments
  1. October 13, 2014
  2. October 13, 2014
  3. October 13, 2014
  4. October 16, 2014
  5. October 16, 2015
    • October 19, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!