Awal Pregnancy pun dah boleh Kejang kaki??

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siapa kat sini tengah pregnant? Dah mula kena cramp kaki tak? Macam pelik la sebab saya baru je hamil 5 minggu. Tapi memang kaki kalau jalan laju-laju kalau kalut2 (laju2) memang kejang.

Saya baru je kena serangan kejang kaki di sebelah kaki tadi. Tapi memang super power punya serangan la. Sakit ya amat sampai menangis-nangis suruh husband tarik kaki. Bukan bahagian pergelangan kaki je tau, tapi dari peha smpai ke betis!

Dah la lama, 10 minit gak tue jerit tahan sakit. Sekali suami lepas dari tarik kaki, sekali tue jerit, kena tarik keseluruhan kaki time kejang tue. Memang sakit betul. Tak pernah kena macam ni sebelum ni.

Setahu saya la, cramp kaki ni terjadi bila kandungan semakin besar. Ini baru 5-6 minggu dah cramp pelik la juga.

Terasa seperti misteri nusantara pon ado haaa.. Hihi. Tak pe nanti saya try google tengok sebab musabab yang mungkin logik dan cara hilangkannya.

Oklah kita jumpa di lain entry yea.
Sweet n simple from me ☺️

Menulis entry di kedai makan. Nak seribu daya. Lapaq koteaw kungfu tadi. Hihi.. Bye bye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!