Ada Tak Cara nak Hilangkan Alahan Pregnant?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam ini request nak sup ekor. Maka encik suami pun bawa p makan kedai. Alhamdulillah pakej sekali satay ayam dan satay perut. Selesai je makan, balik rumah, buka tudung dan stokin, terus landing atas katil. Perut dan rasa berkelodak bagaikan laut china selatan. Macam mana tau laut china selatan? Hentam sajalah labu.

Mata tak mengantuk, jadi ambil hp, karang blog la, rindu nak update entry.

Duk google jumpa tips hilangkan loya, tak jumpa lagi satu pun yang berkesan. (Eh shaklee bukan ke apa produk utk bagi hilang loya tue?).

Yer ada, ada yang serasi dan ada yang tak. Saya tak pelik bab tu. Sebab saya tahu wanita hamil ni memang pelik selalu. Lain dari yang lain. Sebab tu kalau customer tanya, saya akan cakap, yes, ada testimoni yang cakap memang sangat membantu alahan, tapi bergantung juga pada si ibu, ada yang tak serasi. Jadi untuk saya, tak daya la. Dah cuba tapi terkeluar balik.

Antara tips hilangkan mual yang saya jumpa.

Makan madu


Saya sendiri tak cuba lagi. Esok la cuba. Sebab pe tak cuba? Sebab naik takut tau, takut terkeluar balik semua isi perut.

Biskut crakers.


Dah cuba, membantu kejap je. Lepas tue rasa macam nak termuntah juga.

Kurma


Dah cuba, makan, memang rasa bertenaga. Loya tue ada la kurang. Tapi tak la sepenuhnya.

Tiga tips ni je yang saya ingat dalam kepala. Tak dapat bayang kalau alahan sepanjang kehamilan. Anak no 1 dan 2, smpai 4-5 bulan saja. Eh tue pon lama. Sedihnya type separuh lepas tue hilang.

Tak mau la kawan. Esok sambung

3 Comments
  1. November 19, 2014
  2. January 4, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!