Sedih VS Gembira Nak ke USA.

Alhamdulillah. Hujan turun dengan lebatnya di kala entry ini sedang ditype. Terasa nak sharing ke”excited”tan saya untuk ke US minggu hadapan. Excited ke? Sedih sebenarnya sebab terpaksa tinggalkan anak seketika. Bukan seketika la. Sebab 12 hari juga tue. Uwaaaa… Sedih tau.. tengok anak sedang tido sedih je.. Tak pernah berjauhan.

Bagi anda yang mungkin tak tahu lagi, saya nak ke US buat apa nie. Terus terang kalau tak diberi peluang FREE TRIP dengan Shaklee, mungkin tak terlintas nak pergi melawat US. Nak pergi pun proses rumit dengan Visa bagai semua kena buat. Buat Visa semata-mata kena turun Kuala Lumpur. Sabau je lah. hihi.. Tapi sebab free trip 7 bintang kan.. peluang sekali seumur hidup maka pergi juga lah. 
Tahun lepas saya tengok dan telan air liur je bila upline upline saya yang pergi mengerjakan umrah bersama shaklee juga FREE dan 7 star.. Start dari situ tanam azam nak dapatkan free trip nie. Cuma dahulu awalkan planning nak ke umrah dengan Shaklee, tapi atas sebab tertentu maka ke US la kami minggu hadapan. 
Terbakar jeles time nie tau..huhuu
Satu barang pun tak prepared lagi nie. Katanya US bulan Ogos summer kan. Hangat depa hangat macam malaysia ke. Macam tak je kan. Baju sejuk kena g cari juga nie sebab katanya San Francisco sejuk. Al maklum la tak pernah keluar dari malaysia. Eh pernah! Ke thailand! Hahaha…
Untuk trip ini kami dapat setiap sorang bag troli yang besar! Sorang satu okeh. Yang nie pink. Lagi satu hitam utk encik suami. Kalau dalam family tue layak 5 ticket maka 5 bag la akan dapat. dan yang bestnya duit pocket sorang 400USD! Cuba kira balik. Darab duit ringgit malaysia, seribu lebih juga tue. Siapa nak bagi free free nie. Oh yea, tshirt pon dpat tau! Nak bergambar kat sana katanya. 
Mama dengan abah mesti rindu adam dan damia nanti. sob sob sob.. Semoga dipermudahkan segala urusan kami. dan semoga Allah lindungi anak2 mama di mana saja berada. amin..

I love u so much!! 

COD Vitamin Shaklee Sungai PetaniAlor SetarGurun

Facebook : Mamaa Adamia





Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!