Free Trip Shaklee Los Angeles [ Day 1 ]

Alhamdulillah. Di saat entry ini ditulis, adalah hari ke dua saya dan suami di Long Beach, Los Angeles.
Kami bertolak sehari sebelum dari Alor Setar ke KLIA2 dan memandangkan kami sampai ke KL jam 11 malam, maka kami bermalam dahulu di hotel berdekatan. Ambil budget hotel je memandangkan duduk 4 jam saja. Jam 4 pagi kami turun dan berangkat ke air port memandangkan flight jam 7.30 pagi, tapi kami kena ada di sana jam 4.30pagi, semua la baru nak ambil hari tue, ticket, duit belanja sorang 400USD. So kami suami isteri dapatlah 800USD. Dah la free trip, bag free, belanja makan pon free! Alhamdulillah.
Flight kami akan ke Singapore, dan akan fly dari singapore ke Narita, Japan untuk isi minyak, lepas tue baru terus ke Los Angeles. So total dalam flight lebih kurang 17-18 jam kot! Boleh bayang tak? Rasanya 5-6 movie khatam.
Seat pon sempoi, al maklumlah tak pernah g obersea kan, maka “perak” la sikit. Seat masing2 ada screen depan, dan bebas la nak buat apa. Nak surfing internet boleh, nak tengok movie boleh, nak main game pon boleh, nak dengar radio pon boleh. Nak dengar lagu pon boleh. Macam-macam ada. dan Alhamdulillah kami disajikan makanan yang halal di dalam flight. Makanan yang halal disajikan awal compare dengan yang non halal, so best la juga, makan awal sikit. hihi.
Setelah 17 jam di dalam flight, alhamdulillah selamat sampai. dan kena melalui imgeresen US yang memang agak ketat sikit dan ‘kerek’ juga. Tapi sekali lagi Alhamdulillah, kami dapat pegawai yang Islam, dan dia hanya bertanyakan tentang Kuala Lumpur! the first question yang dia tanya ialah, “Are you Malay?”.  Ramai juga yang islam, bagi salam walaupon kulit hitam. Ramah la kiranya. Tapi ada juga geng Shaklee kami yang dipillih secara rawak untuk “soal-siasat” secara private. Tapi semua lepas je. Saja prosedure agaknya. Buat garang dan menakutkan. huhu.

Keluar tue terus disambut oleh Shaklee team yang dah sampai awal di sini. Kami dibawa naik bus ke hotel. dan sampai dihotel kami disambut dengan meriah dan terus je dinner! Dinner jam 5.30 petang okeh! So bila malam memang lapaq la weh. Hahaha.
sambungan day two punya cerita sebentar lagi! 🙂

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Your Shaklee Independent Distributor Mamaa Adamia ♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234 ♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah ♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

3 Comments
  1. August 15, 2014
  2. August 16, 2014
  3. September 11, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!