Tips memperkenalkan Makanan untuk bayi anda!


Melihat bayi yang seakan belum kenyang selepas diberikan susu, ramai ibu bapa bertindak memberi makanan kepada anak. Perlu diketahui, anda hanya boleh memberikan makanan pada kepada bayi setelah berusia enam bulan. Jangan kerana terlalu teruja anda memberikan makanan lebih awal kepada si kecil. Ada kes sampai masuk hospital baby pecah usus la, sakit perut la. Sebab beri makanan awal dari masanya. Jadi berjaga-jagalah. 


Disarankan memberi makanan padat pada bayi pada usia enam bulankerana sistem pencernaan bayi sudah bersedia untuk menerima makanan selain susu ibu. Memberi bayi makanan sebelum usia tersebut akan menimbulkan risiko anak alergi, gangguan pencernaan, kembung dan sembelit. Selain itu berikut disediakan panduan yang boleh diikuti dalam memberi makanan padat kepada bayi.


Tiga hari percubaan


Perkenalkan bayi dengan makanan baru dalam tempoh tiga hari. la akan memberi peluang kepada bayi menyesuaikan diri dengan makanan baru selain membolehkan ibu memantau reaksi tubuhnya terhadap makanan yang baru pertama kali dicuba.

Beri finger food pada usia yang tepat


Jika bayi mula mengambil benda menggunakan jarinya, itu bermakna anda sudah boleh memberinya finger food. Finger food ialah makanan bersaiz kecil yang mudah diambil dan memasukkannya ke dalam mulut.

Buat Puri Sendiri

Membuat puri sendiri lebih baik kerana bahan vang digunakan segar, berkualiti dan lebih menjimatkan. Namun tidak ada salahnya memberi anak makanan yang dibeli, cuma anda perlu lebih teliti ketika memilih makanan tersebut. Makanan tersebut perlu dipastikan tidak mengandungi bahan perasa. (selalunya memang ada perasa, manis beno!) 

Perkenalkan sayur dahulu


Sama ada anda mahu memperkenalkan sayur atau buah terlebih dahuluterlebih dahulu, terpulang kepada anda. Namun ada trik tertentu yang perlu digunakan. Jika anda memilih untuk memberikannya sayur, dapatkan sayur yang manis dahulu seperti kentang, labu atau lobak. Apabila memperkenalkan makanan baru kepada si kecil, anda harus bersabar kerana bayi memerlukan 15 hingga 20 Kali percubaan sebelum menerima makanan tersebut.

Awas makanan alergi 


Perkenalkan telur, ikan dan mentega kacang ketika usia bayisetahun. Ketiga-tiga makanan ini merupakan pencetus alergi kepada bayi. Namun menurut Akademi Pediatrik Amerika tidak ada bukti gangguan jika dalam keluarga tidak mempunyai sejarah alergi makanan.
Telur sebaiknya diberikan ketika anak berusia lapan bulan dan hanya boleh makan telur kuningnya. Begitu juga ikan salmon dan tenggiri. Bagaimanapun mentega kacang boleh diberikan pada usia anak atas setahun. Berikan anak mentega kacang dengan cara menyapu nipis pada rati.

Sediakan bubur


Sejak dahulu bubur beras menjadi pilihan utama makanan pertama anak. Ini kerana ia tidak berisiko kepada alergi. Namun anda masih boleh memilih makanan lain seperti puri berasaskan sayur dengan campuran daging yang kaya dengan zat besi.


Tentukan waktu makan


Pada awal kehidupannya, bayi yang menentukan waktu dia harus menyusu. Ini bermanfaat untuk si kecil mengetahui rasa lapar dan kenyang. Namun apabila bayi berusia lapan bulan ke atas, giliran anda yang mengendalikan jadual makannya. Jika anda tidak mengatur jadual makan dan terus-menerus memberinya makan, tiba waktu makan sebenar, dia sudah tidak merasa lapar lagi. 


Semoga entry di atas dapat membantu ibu-ibu dalam memperkenalkan makanan kepada bayi masing-masing. Memang kena sabar banyak, sebab 90% bayi reject makanan yang kita perkenalkan. Kena terus mencuba dan mencuba. Jangan give up tau. Selamat mencuba!! 


Ingin membeli Vitamin Shaklee? FREE Konsultasi? Sila hubungi saya yea. sms@whatsapp effa 0195738234. COD Vitamin Shaklee sungai petani FREE OF CHARGE! Ready Stock okeh! 🙂 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Your Shaklee Independent Distributor Mamaa Adamia ♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234 ♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah ♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!