Perdarahan ketika Hamil

Mengalami pendarahan ketika hamil sesuatu perkara yang cukup merisaukan. Pelbagai persoalan pasti muncul dalam benak mereka. Persoalan utama adakah bayi selamat? Siapa yang tak risau jika tiba-tiba asyik bleeding kan.
Berhadapan dengan pendarahan ini, ibu hamil harus mengenal pasti warna darah yang keluar. Jika merah ke kecoklatan, anda mungkin berhadapan dengan masalah pendarahan ringan dari vagina.
Pendarahan yang dialami seakan-akan haid. Walaupun ia tidak normal, pendarahan ringan semasa kehamilan terutamanya semasa tiga bulan pertama adalah perkara biasa. Dianggarkan sebanyak 15 hingga 25 peratus wanita mengalami pendarahan pada trimester pertama mereka.
la juga boleh menjadi lebih serius dan membahayakan kehamilan. Adalah lebih baik untuk menganggap sebarang pendarahan semasa kehamilan itu sebagai perkara serius dan mendapatkan pemeriksaan doktor.
Dapatkan pemeriksaan doktor segera walaupun pendarahan itu hanya sedikit. Anda perlu membuat pemeriksaan vagina atau ultrabunyi untuk mengesan sebarang komplikasi dan memastikan anda dan bayi sihat. Ujian yang dibuat akan memberi gambaran jelas tentang posisi bayi dan embrio sedang membesar dengan normal atau tidak.
Masalah ini boleh menjadi tanda awal keguguran atau kehamilan ektopik, terutamanya jika disertai dengan kesakitan abdomen atau kekejangan. Bergantung kepada punca, kebanyakan kehamilan boleh diteruskan walaupun terdapat masalah pendarahan awal. Dianggarkan kira-kira separuh daripada wanita yang memerlukan bantuan disebabkan pendarahan pada awal kehamilan berjaya melahirkan bayi mereka.

 

Punca Pendarahan

Pendarahan Penebusan

Hormon yang mengawal kitaran haid anda boleh menyebabkan pendarahan penebusan breakthrough apabila tiba masa haid sekiranya tidak hamil. Sesetengah wanita mengalami pendarahan seperti ini lebih daripada sekali semasa kehamilan, selalunya pada masa biasa kitaran haid dialami.

Pendarahan pelekatan

Telur yang disenyawakan akan melekat pada dinding rahim dan ini menyebabkan pendarahan. Selalunya berlaku selama satu hingga dua hari.

Kehamilan molar

Ini berlaku apabila embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Untuk keselamatan ibu kehamilan molar dan ektopik mesti digugurkan dengan segera.

Rengsa atau radang serviks

Hormon kehamilan boleh menukar permukaan serviks (bahagian bawah dan laluan masuk ke rahim anda) membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Selepas hubungan seks atau calitan serviks, sebagai contoh. Lain-lain faktor seperti polip serviks (ketumbuhan kecil terbentuk dalam serviks), fibroid dan penyakit pendarahan keturunan.

Keguguran mungkin berlaku jika…

Pendarahan semakin banyak.
• Jika anda di bawah 25 tahun atau lebih daripada 35 tahun, risiko untuk keguguran adalah tinggi.
• Terdedah kepada perokok pasif atau anda perokok.
• Mempunyai sejarah keguguran.

Pendarahan pada akhir kehamilan

Pendarahan pada trimester ketiga mungkin tanda keadaan yang dinamakan plasenta previa, plasenta abruptio (apabila plasenta terpisah dari rahim) atau perlahiran pramatang. Jika anda dapati pendarahan berlaku selepas minggu ke-37, mungkin ia tanda serviks mula lembut dan mengembang.
Anda mungkin sedar adanya lelehan mukus bercampur darah menunjukkan bahawa sebahagian penyumbat mukus yang menutup serviks anda semasa kehamilan sudah tanggal. Kejadian ini dinamakan petanda (show) dan merupakan salah satu petunjuk proses kelahiran akan bermula. 

Pesanan ikhlas:

Jika dah disahkan hamil, jangan pandang remeh. Terutama pada kandungan yang pertama sebab kita tidak tahu kekuatan badan dan rahim kita sekuat mana. dan walaupun anak ke dua dan ketiga, setiap anak tak semestinya sama. Jadi sentiasalah bersedia. 
Bila dah sah hamil, jaga pemakanan. Jangan ikut sedap mulut je semua nak makan. Macam air kelapa, air tebu, tapai, nenas muda, elakkanlah. Makanan yang tajam itu elakkan daripada makan. 
Dan seawal mungkin ambil makanan yang seimbang. dan boleh mula mengambil vitamin ibu hamil seawal mungkin. Di pasaran pelbagai jenama vitamin yang ada, Klinik kesihatan pun ada menyediakan secara percuma. Pilihlah vitamin semula jadi dan bukan vitamin sintetik. Shaklee menyediakan pilihan vitamin semula jadi untuk ibu mengandung yang sesuai diambil seawal mungkin. dan sebelum mengandung pun dah elok ambil sebenarnya. 
Energising Soy Protien iaitu ESP sangat bagus diambil oleh ibu hamil seawal yang mungkin kerana ianya mampu membantu menguatkan rahim ibu hamil. InsyaAllah, kita usahakan seawal mungkin. 🙂 
Anda boleh rujuk vitamin-vitamin yang sesuai dengan merujuk di sini Vitamin untuk ibu hamil

Atau jika nak mengetahui panduan untuk ibu hamil boleh rujuk di sini Panduan ibu hamil

Untuk konsultasi vitamin yang sesuai untuk anda, anda boleh hubungi saya di sms@whatsapp effa 0195738234

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Your Shaklee Independent Distributor Mamaa Adamia ♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234 ♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah ♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!