Pengalaman Bawa Anak Kecil Tengok Wayang

Ini pengalaman saya yang pertama bawa anak-anak pergi tengok wayang tau. Saja nak share pengalaman. hihi. Ticket lewat sebab bulan puasa kan. Awal kalut. Tak pe sebab esok saya tak kerja. Ngeh3.. dan memang tak keluar bekerja pun. hahaha. Oh serius best WAHM (Work at HOME MOM) tau! Masa anda flexible! Bekerja dari rumah, anda yang tetapkan nak buat apa dan bila (actually anak juga tetapkan! hahaha)
Gelap pon nak upload juga!haha
Berbalik pada tengok wayang. Saya order ticket by online, dulu memang selalu beli dekat GCS online pun, senang, sebab kita boleh bayar dan pilih seat terus. Transformers punya pasal, sanggup bawak anak-anak g tengok wayang, lagi pula Adam suka robot2 nie. Cerita pasal pilih seat. Dah bawak anak-anak tue kan, make sure pilih tempat yang selesa, boleh keluar masuk. Belakang sekali lagi baik. Saya pilih seat belakang sekali, hujung. As expected, memang budak-budak turun berjalan la, terutamanya Damia, Adam dia tengok wayang juga tadi. Focus sungguh bab robot tue. huhu.
nanti kita g tengok spongebob pula yea adam
Ha sebelum masuk tue beli la makanan apa-apa supaya boleh dijamah oleh anak-anak. Saya beli popcorn dan air je tadi. Movie tadi 2 jam 45 minit. Sejam pertama kot, bau kurang menyenangkan! Hahaa! Damia membuang la plak! Pampers dahla dalam kereta. Cuba lengahkan dgn lekakan damia dgn dukung dia di belakang. Tapi agaknya tak selesa kot, merengek juga, maka mama g basuh dalam toilet la! Lepas tue tak pakai pampers! Naseb baik tak kencing sampai habis movie! 
kantoi damia menyusu. Malam mmg bagi.huhu
Lepas ni boleh la bawak adam g tgk cartoon dekat wayang! hihi. Mama pun layan juga sebenarnya! ahak! 
Btw, review transformers? Ada yang kata best, ada yang kata tak best, ada yang kata bosan. Yer la, manusia lain-lain pendapat. For me, agak boring la awai-awai tue, lepas tue macam terlalu over melalut. Hero heroin ok je,  tapi jalan ceritanya bosan la. Ntah mungkin yang dulu best sangat, yang ni rasa agak kureng sikit. Hujung2 movie tue saya rasa mcm nak tengok tak tengok je. Tapi masih boleh layan la. hmm 2.5 bintang je kot dari 5 bintang. Huhuu..

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Your Shaklee Independent Distributor Mamaa Adamia ♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234 ♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah ♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!