Cara Merawat Ekzema Si Manja Secara Semulajadi

Ekzema adalah masalah kulit yang biasa dihidapi oleh si manja. la biasanya terjadi kepada si manja sejak lahir dan akan hilang dengan sendirinya sebelum si manja melangkah ke sekolah rendah. Terdapat berjenis-jenis ekzema seperti Dyshidrotic eczema, Eczema herpeticum, Nummular eczema , Seborrheic eczema serta Atopic eczema. Atopic eczema atau dematitis adalah jenis ekzema yang biasa dihidapi bayi dan kanak-kanak. Namun ada yang setelah setahun lebih baru dapat tahu ada eczema. Macam adam. Apa term tah doktor kulit cakap. Tak ingat dah.

Penyebab ekzema

Ekzema berkait rapat dengan keturunan dan gen. Sesetengah gen akan menyebabkan kulit individu bertambah sensitif. Sistem keimunan yang terlalu aktif juga menjadi pendorong di samping ciri tdai normal pada kulit yang menyebabkan kelembapan terbebas dan membiarkan kuman masuk. Antara faktor yang mencetuskam ekzema pada si manja ialah:
  • Pendedahan kepada bulu binatang, — ada pada adam. Perasan sebab bila balik kg, mcm menjadi ekzema dia. mungkin bulu kucing.
  • Penggunaan bahan kimia pada kulit
  • Pemakaian fabrik sintetik
  • Panas dan berpeluhini pun sama. Adam kalau panas n peluh mesti jadi.
  • Cuaca kering dan sejukini pon sama dengan adam
  • Tekanan perasaan atau stres 
  • Kulit terlalu kering

Kita sebagai ibu hendaklah memerhati anak melalui simptom yang terjadi dekat anak.

5 simptom ekzema

  1. Kegatalan pada kulit yang sering terbentuk dalam bentuk tompok. – Yes adam la nie.
  2. Lokasi tumpuan ialah di bahagian muka, bahagian berlipat pada si manja seperti leher, pelipatan lengan, belakang lutut, telinga dan pada kulit kepala. – yes adam la nie
  3. Terdapat kanak-kanak mengalami ekzema di lutut atau siku.
  4. Kegatalan akibat selalunya akan menyebabkan kulit kering, iritasi dan melecet serta berkuping. Ada kalanya kulit merekah dan menyebabkan terjadinya infeksi.
  5. Kulit menjadi kemerah-merahan dan bersisik.

Bagaimana merawatnya?

Menghidap ekzema bukan sahaja menyebabkan kegatalan pada kulit, ia juga akan mengganggu tidur, pergaulan dan menggugat emosi si kecil. Ekzema tidak boleh dihilangkan begitu sahaja kerana ia mempunyai perkaitan dengan gen dalam badan yang tidak mungkin boleh diubah sama sekali. Walau pun bukanlah satu penyelesaian, namun sebagai langkah rawatan, ubat-ubatan, produk penjagaan diri dan peralihan gaya hidup perlu untuk mengawal ekzema yang dihidapi si manja daripada menjadi lebih teruk.
  1. Sapuan pelembap. Pelembap kulit yang diperbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi steroid adalah pilihan terbaik.
  2. Kuku si manja perlulah sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit tercalar ketika menggaru.
  3. Tuam menggunakan pek ais untuk mengurangkan kegatalan.
  4. Sentiasa memakai pakaian daripada fabrik kapas dan berpotongan longgar.
  5. Tutup bahagian yang gatal dengan pakaian.
  6. Menggosok bahagian kulit yang gatal perlahan-lahan untuk melegakan.
  7. Sentiasa memastikan ruang kediaman bebas habuk. Elakkan permaidani dan binatang peliharaan yang berbulu di dalam rumah.
  8. Amalkan penyusuan susu ibu. Elakkan susu lembu ,kekacang, telur dan makanan laut yang mungkin boleh menyebabkan radar tercetus.

Membantu merawat ekzema dengan vitamin Shaklee. 

Saya pernah bawa adam ke Pakar kulit yang terkenal di sungai petani. Doktor bagi ubat makan, ubat sapu dan ubat mandi. Saya memang selalu bawa anak pergi ke klinik kalau sakit, tapi jarang sekali bagi makan ubat yang diberikan. Sapu memang saya sapu. Malangnya, mungkin steriod yang tinggi menyebabkan adam mengelupas seluruh badan pula. Sejak itu saya terus stop ubat yang pakar kulit tue bagi. Saya cuba elakkan ubat dan beralih kepada natural remedies dan vitamin Shaklee. Untuk ekzema adam, ada tiga jenis vitamin yang saya beri pada adam. 
Yang pertama ialah Mealshake. Yes Mealshake Shaklee! Tetapi awas yea sebab mealshake tak sesuai untuk yang alah kepada susu lembu. Saya bagi mealshake sehari sekali je pada adam. Campur dalam susu adam.

Saya juga memberikan Omega Guard pada adam untuk ekzema adam. Omega Guard diperbuat daripada minyak ikan yang berkualiti tinggi yang dapat membantu mengurangkan dan merawat ekzema insyaAllah. Ekzema Adam pulih dengan Omega Guard

Dan vitamin yang terakhir ialah Nutriferon. Walaupun nutriferon ini sedap, cubaan gagal juga untuk buat adam makan begitu saja. Jadi terpaksa la letak di dalam susu adam juga. Jadi ada tiga jenis vitamin, tapi saya tak campur sekali. Saya letakkan dalam susu pada waktu yang berlainan.

Alhamdulillah. Sebulan konsisten. Adam jarang-jarang sangat jadi ekzemanya. Kalau dulu pernah bengkak muka2. Sekarang kadang-kadang je naik dekat belakang badannya sikit. tue pun lepas letak herbal blend terus kecut. Kalau tak percaya boleh click link Testimoni Herbal Blend.

Berminat untuk order atau konsultasi?

sms@whatsapp effa 0195738234

Pengedar Shaklee Sungai Petani

Ready stock!! 

 

CLICK LINK UNTUK PEMBELIAN DENGAN KAD DEBIT DAN KAD KREDIT

Beli dengan KAD KREDIT @ DEBIT 
 Mealshake Shaklee ———> http://bit.ly/omegaguardS
 Omega Guard Shaklee———> http://bit.ly/MealshakeS
Nutriferon Shaklee  ———> http://bit.ly/Nutriferoon



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Your Shaklee Independent Distributor Mamaa Adamia ♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234 ♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah ♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

2 Comments
  1. July 22, 2014
  2. July 23, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!