5 Tabiat Yang Buat anda Tak Kurus-Kurus!!

Bila diet dan senaman yang dilakukan selama ini tidak memberi kesan pasti ada kesilapan. Mungkin penyebabnya bukan salah diet, tetapi ada kebiasaan buruk yang sering anda lakukan membuatkan anda susah untuk tampil langsing dan sihat. Salah satunya berpunca daripada tabiat makan anda yang dipandang remeh tanpa anda sedari menjadi penghalang menurunkan berat badan.

Sengaja lewat bersarapan

Jika anda fikir melewatkan sarapan dapat mengurangkan jumlah kalori ia tidak tepat. Melewatkan sarapan hanya akan membuat anda makan lebih banyak kalori sepanjang hari. Sarapan sihat tidak akan menambah kalori tetapi memberikan tenaga yang diperlukan untuk membuat aktiviti. Jadi jangan lewatkan sarapan atau takut mengambil kalori, protein dan karbohidrat waktu pagi.

Kurang minum air

Kurang minum air boleh menjadi penghalang anda menurunkan berat badan kerana air diperlukan untuk menghasilkan cairan dalam tubuh. Air yang mencukupi secara tidak langsung boleh menghindari anda daripada mengambil minuman manis atau bergas yang terbukti banyak kandungan gulanya.

 

Makan makanan ringan sebelum makan

Makanan ringan boleh membantu menurunkan berat badan jika dilakukan dengan cara tepat. Caranya, anda harus mengambil makanan ringan yang sihat dan rendah kandungan kalori. la memberikan nutrisi dan tidak membuatkan anda gemuk. Contohnya, kerepek kentang, stik sayuran atau yogurt. Selain itu, makanan ringan ini juga harus diambil sebelum makan malam.

Makan banyak waktu malam

Jika anda fikir boleh mengurangkan makan di waktu pagi atau siang semata-mata ingin makan banyak waktu malam ia salah. la satu kebiasaan buruk dan boleh menghalang anda menurunkan berat badan.

Menambah jumlah makanan

Jumlah makanan yang diambil amat penting untuk anda menurunkan berat badan. Jika sepinggan yang diambil tidak mengenyangkan anda, jangan menambah jumlah makanan atau mengambil piring kedua. Tip untuk anda mudah merasa kenyang, kunyah makanan lebih lama dan lambat. Makan cara ini membolehkan anda menikmati makanan yang dimakan sementara makan dengan cepat akan membuat anda sukar kenyang.

Apakah anda sering melakukan kebiasaan di atas? Jika anda ingin menurunkan berat badan dengan cepat, sebaiknya segera hindari dan hentikan kebiasaan-kebiasaan tersebut dan jangan lupa bersenam secara teratur! 
Atau jika anda nak lagi mudah dan cepat, anda boleh mencuba SET KURUS SHAKLEE yang ternyata berkesan, jimat, halal, ada KKM lagi! Dah cuba pasti jatuh cinta! πŸ™‚

Untuk konsultasi, boleh sms@whatsapp effa
0195738234
Pengedar Shaklee Sungai Petani
Pos ke seluruh Malaysia

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Your Shaklee Independent Distributor Mamaa Adamia β™₯ SMS | WhatssApp : 019-5738234 β™₯ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah β™₯ Email : dinkygurlz@yahoo.com

Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
β™₯ SMS | WhatssApp : 019-5738234
β™₯ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
β™₯ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!