Sehari Sebelum Berpuasa!

Alhamdulillah.. Ramadan al mubarak datang lagi.. Di kala entry ini ditaip, suami sedang leka menyaksikan perlawanan bola Brazil vs Chile. Saya peneman part time. hehe. Semoga kami tak lewat bangun untuk sahur. 
Bagaimana ibu menyusu di luar sana membuat persediaan? Kalau saya dahulu, segala macam beli. dan salah satunya ialah kurma. Kurma makanan sunnah yang terbukti banyak sangat khasiatnya. Kalau tak sempat bangun sahur, cukuplah sekadar kurma dan susu. InsyaAllah memang tahan perut.dan sejak bershaklee nie, susu saya campurkan dengan ESP. Lagi la kenyang, plus, kalau gastrik memang sangat membantu bagi yang berpuasa. InsyaAllah yang gastrik boleh berpuasa penuh bila amalkan ESP.
Niat puasa ramadan
Jangan lupa niat puasa yea
Alhamdulillah baju raya semua dah settle beli. Lega. Memang malas bab nak kena berasak-asak di siang hari nie. Puasa, panas, nak handle anak-anak lagi. Tadi last pergi cari kasut raya anak-anak di Alor Setar Mall. Punyalah ramai orang. Dengan damia mengamuk, ohh tak terbayang kalau puasa macam mana. Nasib baik ditemani adik adik, jadi, adalah pembantu kan. huhuu. 

Hari ini hari jadi abah. Selamat hari lahir abah!! Kami buat sambutan kecil-kecilan jer. Beli satay, beli kek, beli lauk untuk makan malam. malas masak..huhu. Alhamdulillah, abah sambut hari lahir yang ke 53 tahun hari ini. Semoga ada peluang untuk kami bawa abah ke tanah suci nanti. Abah pun dah tak kuat sangat dah. Tangan kiri lemah sangat. Berjalan jauh sekali lah. Ingatan pun, banyak yang tak ingat. Ada hikmah segalanya, abah sakit sejak 1997. Semoga abah sembuh. Masih berharap untuk sembuh walau dah berpuluh tahun dah sakit.

Rasa puasa kali ini teringin nak guna Shake n take tue. Siapa ada jual? COD lagi bagus. Boleh hantar ke Bandar puteri jaya Sungai Petani di hadapan rumah lagi bagus. hahahha.. Terliur tengok resepi Master Hanum buat smoothies. Macam sedap je. hikhik. Sapa jual roger saya yea. 🙂

Oklah entry santai je kali ini. Selamat berpuasa yea kawan-kawan! 🙂  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!