Pergilah sayang. Semoga Tenang di Alam Sana Siti Solehah

Alhamdulillah. Masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk bernafas di muka bumi ini. Masih diberi peluang memperbaiki kesilapan yang lalu. Masih diberi peluang untuk menjadi sorang hamba Allah, anak, isteri dan mama kepada dua cahaya mata yang tercinta.
Ajal, maut, jodoh, rezeki semua tue Allah je yang tahu. Kita takkan tahu giliran kita bila. Masa kita bila dan bagaimana. Allah lebih mengatahui segalanya. Segalanya yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ada yang diberi peluang hidup kembali untuk memperbaiki dosa lalu, ada yang ditarik balik kesihatan untuk memberi peringatan, ada yang diberi hidayah Allah melalui kejadian-kejadian yang menimpa. Segala yang Allah tetapkan untuk hambaNya adalah yang paling terbaik. Kita sebagai hambaNya, wajib redha, mencari hikmah di sebalik kejadian atau musibah yang menimpa. 
Petang semalam, kami dikejutkan dengan pemergian gadis cantik, yang disayangi oleh ramai orang, pada jam 6 petang di Hospital Sultan Abdul Halim. Almarhumah koma dan kritikal setelah terlibat di dalam kemalangan yang menyebabkan beliau koma, kerana otak bengkak dan pembedahan tak dapat dijalankan.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui hikmah di sebalik kejadian ini. Kejadian ini juga memberi peringatan kepada ramai orang yang ajal dan maut tak kira masa, tak kira tempat. Tiada cepat atau lambat apabila dan tiba masanya. Sudah bersediakah kita??
Al-Fatihah buat Siti Solehah. Jenazah akan dikebumikan jam 11 pagi hari ini. Tak rapat pun dengan  Almarhumah, tapi memang rasa sedihnya. Kematian mengejut dan tanpa disangka sebegini.
Pergilah sayang. Semoga Syurga milikmu Siti Solehah.  Semoga tenang di alam sana.. Semoga berada didalam kalangan orang orang yang beriman.. Semoga dilindungi dari siksaan kubur dan api neraka.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Your Shaklee Independent Distributor Mamaa Adamia ♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234 ♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah ♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

2 Comments
  1. June 3, 2014
  2. June 4, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!