Tips Elak Digunting (Episiotomi) Semasa bersalin

Siapa yang tak ngeri kena gunting kan? Seboleh-bolehnya memang tak mau la kena gunting kan. Masih terasa saat kena gunting time bersalin anak sulung dulu. dan paling “best’ luka episiotomi saya siap terbuka balik, sebulan baru pulih luka tue tau. Dulu saya tak kenal lagi set bersalin Shaklee yang org cakap luka cepat sembuh tue! (Testimoni Set Bersalin Shaklee)

Kebanyakan doktor masa kini seboleh-bolehnya cuba mengelakkan diri daripada melakukan prosedur episiotomi ke atas pesakit masing- masing. Apatah lagi, tindakan mereka itu dikukuhkan lagi dengan pelbagai bukti hasil kajian oleh penyelidik negara Barat yang ada menunjukkan bahawa wanita yang menjalani episiotomi mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah seperti kesakitan berpanjangan, sukar membuang air dan angin serta luka jahitan lambat sembuh sehingga perlu mengambil masa yang lebih lama untuk pulih berbanding koyakan yang berlaku secara spontan.

Tambahan lagi, golongan yang sama turut mengalami masalah lain seperti berisiko mengalami kehilangan darah yang lebih banyak sewaktu proses melahirkan (pendarahan daripada luka episiotomi itu sendiri). Wanita yang mengalami episiotomi juga perlu menunggu tempoh yang lebih panjang untuk melakukan hubungan intim dengan suami. Malah, episiotomi turut meningkatkan risiko jangkitan. Ada juga kajian yang membuktikan wanita yang menjalani episiotomi di kehamilan sulung berkemungkinan besar untuk mengalami koyakan yang lebih teruk di kelahiran selanjutnya.

Antara masalah lain yang mungkin timbul ialah wanita berkenaan mungkin mengalami koyakkan teruk sehingga ke bahagian gegelang dubur atau lebih teruk lagi boleh mengenai bahagian usus. Jika hal ini berlaku, ia mungkin memberi kesan kepada kekuatan otot-otot lantai pelvik.

Walau bagaimanapun, ada beberapa langkah yang dipercayai boleh dipraktikkan agar dapat mengelakkan diri daripada melalui pengalaman-pengalaman “ngeri” ini. Untuk itu, anda boleh mencuba amalkanlah panduan yang tertera.

TIPS ELAK LUKA DIGUNTING SEMASA BERSALIN NORMAL

SEPANJANG KEHAMILAN

Urutan Perineal 

Anda boleh meningkatkan keanjalan otot perineal dengan melakukan urutan yang dinamakan sebagai urutan perineal, ia disarankan dimulakan daripada minggu ke-33 kehamilan ketika mandi ataupun di atas katil. Sebelum melakukan urutan, letakkan sedikit minyak vitamin E atau minyak masakan di ibu jari dan jari telunjuk. Demikian juga halnya dengan kawasan di sekeliling faraj. Namun, elakkan penggunaan minyak bayi, minyak mineral atau jeli petroleum. Kemudian, tempatkan ibu jari lebih kurang 3sm ke dalam faraj dan urut ke bawah dan ke tepi secara perlahan-lahan. Lakukan langkah ini dalam tempoh lima minit. Setelah itu, anda juga disarankan mengurut bahagian bawah saluran faraj ke depan dan belakang untuk kira-kira lima minit juga. Jika melakukannya sendiri tanpa bantuan suami, tempatkan cermin yang besar di hadapan, agar anda dapat melihat apa yang sedang dilakukan.

Cara ini dapat membantu anda membiasakan diri dengan kawasan perineal. Dalam pada itu, lakukan urutan secara perlahan-lahan. Jika tidak, ia boleh menyebabkan kesan lebam dan bengkak. Juga, elakkan tekanan pada uretra (saluran keluar air kencing daripada pundi air kencing) kerana
hal ini boleh menyebabkan jangkitan di bahagian berkenaan.

nak luka cepat sembuh

Senaman lantai pelvik

Kekerapan melakukan senaman lantai pelvik dapat membantu anda mengawal otot penting ini. Senaman lantai pelvik dianggap penting bagi mengatasi masalah yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang gemar menegangkan (tensed) bahagian pelvik ketika berlakunya kontraksi lebih-lebih lagi jika berasa takut. Jadi, amalan melakukan senaman lantai pelvik akan membantu anda meregangkan otot (relaxation) sewaktu proses bersalin fasa kedua. Semakin kerap senaman ketika mengandung diamalkan semakin mudah untuk anda kelihatan segar dan sihat. Ini tentu sahaja membuatkan anda sentiasa bersedia untuk melalui proses bersalin. Malah dengan senaman, anda turut dapat mengawal pertambahan berat badan ketika hamil serta mengurangkan berat badan semasa berpantang dengan lebih pantas.


Dl AWAL PROSES BERSALIN

Salah satu punca mengapa anda berkemungkinan menjalani episiotomi ialah faktor keletihan melampau ketika proses melahirkan bayi. Hal ini lebih kerap terjadi kepada anda yang pertama kali melahirkan. Tambahan pula proses bersalin anak sulung biasanya mengambil masa yang agak panjang. Anda dapat mengatasinya dengan mengambil makanan atau minuman yang dapat membekalkan tenaga dalam jumlah yang mencukupi sebelnm proses bersalin bermula selain daripada memperbanyakkan rehat.

Saya dulu anak sulung, Adam tak sempat nak makan apa2. Alhamdulillah sgt mudah. Tapi Damia, family bekalkan kurma kalau tak salah. Sebab memang lama sakitnya. hihi. 

PERTENGAHAN PROSES BERSALIN

Sekiranya anda sememangnya mengamalkan urutan perineal sepanjang hamil, sensasi regangan yang dirasai ketika urutan dilakukan dapat membantu anda menyesuaikan diri dengan setiap sensasi regangan ketika kontraksi terjadi dalam proses bersalin. Apabila sudah biasa dengan keadaan seperti ini, anda tentunya akan lebih tenang. Di fasa ini juga, anda perlu kerap mengubah kedudukan kerana ia dapat membantu perineum meregang secara semulajadi. Diingatkan agar anda hanya meneran apabila tubuh memberi isyarat untuk anda melakukannya. Selain itu, proses kelahiran yang berlangsung tanpa bantuan bius banyak membantu. Apabila tidak kebas, pastinya anda dapat merasai gesaan meneran dan anda dapat memberi tindak balas yang sepatutnya. Sehubungan itu, ada artikel yang menyatakan bahawa bersalin di dalam air (kolam bersalin atau tab mandi) dapat membantu mengurangkan trauma perineal. Dekat hospital kerajaan tak der benda nie, swasta ada. Sedia duit saja 🙂

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Your Shaklee Independent Distributor
 Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234 ♥
FB Page : Ourlovebonding 
Pengedar Shaklee Sungai Petani
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!