Short Vacation di Penang!

Weekend ini mula2 ingat nak balik kampung gurun, tapi bila dapat tahu yang kawan baru keluar icu, selepas buat pembedahan jantung, excited plak nak g tengok. Bagitau husband, husband cakap jom la, alang-alang kita tido sana terus je la. 
Alhamdulillah, kak Diyana, kawan merangkap “anak business” selamat menjalani pembedahan jantung berlubang. Kami sampai di hospital jam 1 petang. Tak ramai sangat pun yang melawat. Mungkin sebab jumaat adalah hari yang bekerja. Kak diyana pun nampak sihat. Alhamdulillah, kuat semangat beliau. Harap-harap hari ni dah boleh pulang yea kak D. 

Selesai je ziarah kak D, misi cari makan bermula. Macam biasalah kalau dekat penang saya cukup pening bab cari makan sebabnya saya tak makan nasi kandar! Huhuu. Disebabkan kami nak check in ke Hydro Hotel, dalam perjalanan nak ke hotel, jumpa tesco, jadi stop makan kat tesco. Di dalam tue tak banyak pilihan kedai makan. Ada Mcdonal, KFC, dan Mizi Cafe (non halal rasanya sebab nampak mcm ada bir), dan medan selera. So makan kat medan selera je la jawabnya.huhuu. 

Tepi tempat makan tue ada mainan, makanya, memang main la budak2 nie.hihi.. 
Selesai je makan terus check in. Sebelum nie dah pernah pergi ke Hydro Hotel nie, tapi service dulu tak teruk macam nie. Time check in memang lambat betul. Beza dengan last time kami check in di Bayview beach Hotel, memang cepat servicenya. Rasanya ini kali terakhir kot ke Hydro Hotel nie. 
Petang, bawak kiddos mandi pool. Macam biasa lah, bdk2 nie cukup suka main air. Mamanya pun terpaksa la rendam diri separuh.kalau tak, tak tahu la apa jadi. Damia sikit pun tak takut air. Kita pula yang takut tengok dia berjalan dalam air. Al maklumlah air cetek. Kolam kanak2. Huhu

Oleh sebab mama abah tak bawak baju renang, makanya kami main air kt tepi je la.hihi. Puas main sampai kecut kaki dan tangan anak-anak. 

Malamnya kami pergi jalan-jalan cari makan. Hotel di batu feringgi, tapi makan dekat area jambatan pulau penang, kami makan seafood dekat Nurul Ikan Bakar. Memang sedap dan banyak pilihan makanan. Tempat pon luas dan selesa. Gambar tak tangkap pun time nie. Huhu.. Tapi memang puaslah makan, first time makan “butter prawn”, tue pon sebab tengok meja sebelah makan. Udang, ketam, ikan, memang sedap lah! Lain kali boleh p lagi! 
Balik tue memang kekenyangan sangat2, jadi pengsan belaka. 
Esoknya, isi tank penuh2 breakfast sebelum check out. 

Jam 12 check out, nasib baik cepat je. Sebelum nie pernah nak check out pun lambat. Lepas check out cadangnya nak pergi cari baju raya anak-anak sikit, so ingat nak singgah Queensbay mall. On the way ke situ, kami singgah lepak jap kat gurney. Saja ambil angin laut. Duduk jap je dalam 10 minit, lepas tue hujan! Naseb baik sempat lari masuk kereta! Dan la damia tido! Apa2 pon masih sempat bergambar tau!! Hihi

Lepas ke Queensbay Mall kami bergegas balik sebabnya abah pun kena ambil orang, dan kami kena COD vitamin Shaklee di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani! Sampai je rumah, solat2 terus keluar hantar barang. Sebab dah janji, tue yang hantar juga. InsyaAllah akan menyediakan service terbaik untuk customer tersayang! Saya memang cod vitamin Shaklee area Sungai Petani tau!! 
Ok la setakat tue je sharing fa. 
Kalau2 nak order vitamin shaklee bagitau yea!!
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

2 Comments
  1. May 16, 2014
    • May 20, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!