Tips Memilih Set Berpantang

Seronok betul bila dapat tahu ramai kawan-kawan mengandung pula! Maksudnya mengandung anak ke dua,ketiga. Walaupun sebelum nie dah pernah mengandung, pengalaman mengandung anak ke dua dan seterusnya tak semestinya sama. Kata orang, lain anak, lain ragamnya. Aci plak gitu? Tengah duk borak pasal bersalin tadi, ramai pula tanyakan pasal set bersalin.
Yer sekarang memang macam2 set bersalin atau pon set untuk ibu berpantang di dalam pasaran. Anda sediakan wang anda saja!

Bercerita tentang set berpantang. Melalui pengalaman dua orang anak, boleh lah fa kongsi serba sedikit pengalaman. (Eh tue mesti guna vitamin shaklee la tuhh, kan kan? Mesti ada yang ingat macam nie kan?). Tapi malangnya anda salah! Hihi. 
Saya masih tak kenal tentang shaklee sewaktu melahirkan anak sulung. Tak kenal langsung kot. Tak pe let me story one by one. Oh my english! Haha
Sewaktu melahirkan anak sulung (adam), saya memang super semangat. Nak beli semua set lengkap okeh, dari hujung rambut hingga ke kaki! Dan set bersalin yang menjadi pilihan di hati ketika itu adalah set bersalin amway. Serius teruja waktu beli. Sebab memang banyak, dan lengkap, sekali bengkung z tue. Semua ada, dari jenis sapu, tempek dahi, lulur badan, teh herba tue, cuci tempat tue, dan pil lah. Malangkan, saya tak serajin yang disangka dan tak disiplin yang disangka! Haha. Dan faktor paling kuat buat saya skip makan set bersalin tue sebab adam kena prolonge jaundise. Almost 2 bulan berulang alik ke hospital check kuning. Darah, air kencing semua diorg check. Jadi bila anak dah kuning nie, si mak yang menyusukan anak tue, haruslah tak boleh nak makan herba herba dan benda panas2. Takut bacaan kuning makin naik. Jadi tersimpan lah set bersalin amway itu sampai expired dan saya terpaksa la buang. Paling sadis saya sembelit sampai berdarah-darah! Sakit Allah je yang tahu. Dengan luka lambat sembuh. Oh serius stress!
Anak ke dua pula. Lain pula ceritanya. Masih tak kenal shaklee juga pon. Maka mmg dah plan dah nak beli set bersalin NR. Tapi tak beli2 lagi lah. Tapi tak disangka2 bersalin awal la pula. Tengah elok santai depan tv, air ketuban pecah, beberapa hari selepas tue bersalin normal. Alhamdulillah. Damia, bayi pra matang 1.38kg. Lepas saya dah discharge, saya bbm je akak nie, bagitau nak set bersalin NR. Selamat diposkan. Pump susu pon order by sms je. Mudah sungguh kan dunia di hujung jari sekarang. Nasib baik dah survey nak beli kat seller mana. 
Ok set bersalin NR, paling best minyak herbaneka tue, eh betul tah ejaannya, bau pun sedap. Tapi macam biasa la weh, anak dlm incubator, kuning juga, saya cuba ambil juga pada mulanya, malangnya bacaan kuning damia meningkat, jadi saya terus stop. Saya hanya guna yang luaran sahaja. Sapu2 je. 

Jadi apa yang dapat disimpulkan dari entry nie? Saya membazir ke? Hihi. 

 

Tips dari pengalaman yang saya dapat kongsikan

1. Cermin diri. Kalau jenis rajin, mmg bagus ambil full set semua. Kalau jenis macam saya? Lupakan saja
2. History anak kuning. Kalau jenis darah O, anak hampir wajib kena kuning, kenalah ingat yang herba herba tak boleh makan tau. Mcm saya, terbukti dgn dua orang anak kuning yg lama. 
3. Of kos la tengok budget korang. ^_^
Dah alang alang tengah tengok set berpantang ni, meh saya story sikit pasal set berpantang Shaklee. Dan insyaAllah dan sudah semestinya menjadi pilihan saya untuk anak ke tiga.

Kenapa set berpantang Shaklee bakal menjadi pilihan saya utk anak ke tiga nanti2?

1. Dah dua orang anak saya sebelum ini history kuning yang lama, jadi saya tak nak membazir wang beli set bersalin yang saya tak boleh nak makan. Kalau set bersalin Shaklee, sejurus selepas kelahiran boleh terus makan. Anak kuning pun boleh makan sebab tak panas. 
2. Jimat dan tahan lama. Set berpantang shaklee terdiri dari Vitalea, B kompleks, Zinc (tahan 4 bulan) dan Vitamin C (tahan 6 bulan). Selepas habis pantang pun saya masih boleh sambung ambil vitamin ini untuk menyokong penyusuan saya. 

3. Luka cepat sembuh. Pengalaman saya ke dua2 anak sebelum ini, luka saya hampir sebulan lambat sembuh. Saya tak nak pisang berbuah 3 kali. Hihi. Dengan adanya Zinc dan Vitamin C, insyaAllah luka memang cepat sembuh. 
4. Bertenaga. Rata-rata pelanggan saya yang dah guna set berpantang shaklee, semua cakap, best sebab bertenaga, sampai orang pun tak kata nampak macam selepas bersalin, sebab nampak segar je. Vitalea, dan B Kompleks memberi tenaga dan bagus untuk peredaran darah. B kompleks juga bagus untuk elakkan stress, jadi dijauhkan lah stress meroyan. Dan bila tak stress, susu pun meriah. 
5. Kulit kembali berseri. Ini part paling best. Di dalam set berpantang ada Vitamin C dan B kompleks, iaitu set kulit tue, sebab tue la cepat je kembali berseri! Paling best kalau tambah ESP! Lagilah berseri seri! ^_^ 
6. Tak sembelit. Dengan adanya ostematrix, memang saya tak risau bab sembelit, lancar je pembuangan. ^_^
Setakat itu saja perkongsian saya pada hari ini. Hopefully, boleh bantu buat pilihan la nak beli set berpantang macam mana lepas ini. 🙂

Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
                     https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

2 Comments
  1. April 16, 2014
    • April 16, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!