Tips Elak Jangkitan Faraj

Di dalam entry yang lepas, saya telah share punca dan memberi cadangan tentang cara mengatasi untuk masalah keputihan (anda boleh rujuk di SINI). Hari ini saya nak kongsi Tips nak elak jangkitan faraj pula.

Jangkitan di faraj adalah satu masalah di kalangan wanita. Ianya menjadi masalah yang serius jika ianya tidak dirawat. Dan ramai wanita malu untuk berjumpa doktor untuk masalah yang berkaitan dengan faraj. Tapi usah gentar, sebenarnya ianya boleh di elakkan! 

Jom kita lihat tips untuk elak jangkitan. 

Yang pertama. Pastikan kemaluan sentiasa berada dalam keadaan yang kering.
Yang kedua. Hindari penggunaan sabun atau gel pembersih yang mengandungi banyak bahan kimia pada alat kelamin kerana ia mungkin boleh menyebabkan rasa pedih, kering dan gatal. Sementara itu ada sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam sabun.
Yang ketiga. Elakkan melakukan douche iaitu memasukkan jari atau memancutkan cecair ke dalam faraj yang bertujuan membersihkan bahagian dalam faraj.
Yang keempat.sekiranya boleh, tukar tuala wanita terutamanya pada darah haid keluar dalam jumlah yang banyak. Jika menggunakan tampon pula, elakkan yang mengandungi bahan pewangi.
Yang kelima. Gunakan pakaian dalam yang tidak terlalu ketat dan diperbuat dari kapas. Tukar penggunaannya dengan lebih kerap pada hari lendir banyak dikeluarkan,. Sebaiknya pakai pelapik seluar dalam supaya lendir tak melekat pada pakaian dalam sehingga menyebabkan ketidakselesaan. 
Yang keenam. Anda dan suami sangat digalakkan untuk membersihkan alat kelamin dengan menggunakan air bersih sebelum dan selepas melakukan hubungan seks bagi memastika  tahap kebersihan yang optimum.

Apabila faraj atau vigina mula dijangkiti kuman, ada beberapa tanda yang akan mula dirasai, antara tandanya ialah:

– pengeluaran lendir berwarna putih
– Gatal
– berbau
– sakit pada abdomen
– Demam
– sakit ketika membuang air kecil
– haid yang tidak menentu
Sekiranya anda menyesyaki diri mengalami jangkitan faraj, segera berjumpa dengan doktor pemeriksaan lanjut. Anda perlu mendapatkan diagnosis dengan melakukan pap smear. Ia bagi memastikan kadar PH di vagina tidak melebihi empat bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria aktif. 
Bagi memastikan rawatan yang dibuat lebih berkesan, elakkan diri daripada melakukan hubungan intim apatah lagi jika anda belum pulih sepenuhnya. Jika perlu, gunakan kondom ketika berasmara.
Sementara itu, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan jenis makanan yang mengandungi kultur hidup setiap hari dalam tempoh enam bulan berupaya membantu anda untuk tidak lagi mengalami jangkitan yang sama. 
Peliharalah faraj anda. Ianya sesuatu yang amat amat berharga buat kaum wanita. Ianya juga salah satu faktor kesejahteraan rumah tangga. Semoga artikel ini bermanfaat buat semua!~

ISTERI. MAMA. ANAK = It’s me.

Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!