Stimulate atau Rangsang Pengeluaran Susu Selepas Melahirkan

Tadi berborak dengan kawan biz melalui whatsapp tentang penyusuan. Saya bukan pakar penyusuan, akan tetapi saya belajar tentang penyusuan ini melalui pengalaman.
 

Anak sulung dulu. Hari pertama masih belum ada susu. Sebab kurang pengetahuan, saya suruh suami belikan susu formula. Saya takut Adam lapar. Tapi sempat bagi sekali je susu formula tue. Selepas bersalin, mama saya panggil tukang urut yang boleh urut untuk susu. Anak sulung. Malu ya amat. huhu. Saya ingatkan lepas berurut tue susu akan terus ada. Tetapi sangkaanku meleset. Apa yang saya buat, saya suruh adam direct feeding supaya ada stimulation. Di samping itu saya gunakan pump susu. Adam kena jaundise, atau kuning, makanya dia lebih kerap tidur daripada menyusu, jadi pilihan yang saya ada adalah stimulate dengan menggunakan pump susu. Waktu itu budget kurang, dan saya ingatkan pump itu kurang pentingnya, dengan menggunakan pump susu manual jenama anakku, saya pump untuk meransang pengeluaran susu. Alhamdulillah hari ke 3 dah ada susu. Bengkak sampai demam pula.
Pengalaman dengan anak ke dua ternyata jauh berbeza, tak disangka-sangka,saya bersalin awal pada usia kandungan 32 minggu. Di dalam fikiran saya, tiada langsung perkara yang tak elok. Alhamdulillah. Saya melahirkan Damia secara normal walaupun pada usia kandungan 32 minggu. Damia dilahirkan dengan 1.38kg sahaja. Sejurus bersalin, Damia terus dibawa ke NICU. Terdetik di fikiran saya. 

“Macam mana nak bagi susu badan sedangkan bayi ada di dalam incubator?”

“Macam mana nak rangsang pengeluaran susu tanpa direct feeding dengan bayi?”

“Mustahil saya boleh menyusukan dengan direct feeding damia yang hanya1.38kg pada waktu itu. Terlalu kecil, terdetik dalam fikiran saya,usia 32 minggu dah pandai menyusu ke anakku tue.”

Kali ini lama sikit duduk wad. Mama panggil tukang urut dibawakan khas dari Alor Setar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk urut susu. Esoknya itu saya dah boleh discharge. Terpaksa meninggalkan anak di NICU. Wayar masih berselirat di badan anakku. Hanya Allah je mengetahui perasaan ketika itu. Balik rumah, dengan misi nak pump susu bagi ada juga-juga. Disebabkan bersalin awal, pump susu tak dibeli lagi. Pump elektrik Spectra 3 sudah selamat dijual. Yang tinggal hanya pump susu anakku manual tue. Dengan pump susu manual tue saya pump untuk merangsang pengeluaran susu. 
Masih ingat lagi saat itu, pump semata2 angin saja, Dari pagi, sampai ke malam, takhenti henti saya pump angin. Tiada hasil, namun saya tak putus asa. Hospital pula call tanya tentang bekalan susu untuk diberikan pada anak melalui tiub. Lagi saya bersemangat nak pump walaupun tiada hasil. Keesokkan paginya,urusan pump susu diteruskan, alhamdulillah, kolostrum dah mula keluar. Saya masih ingat saya kumpul dengan sudu. Menitik air mata kegembiraan di kala susu dah mula keluar. Hampir dua hari saya pump angin saja, kalau saya putus asa, mesti anak saya tak merasa susu ibu lagi. Kolostrum itu umpama emas yang berharga.. Apa yang ada di dalam kolostrum?
  1. mengandung banyak karbohidrat, protein, dan antibodi
  2. mudah dicerna
  3. memiliki efek laksatif
  4. memiliki kandungan imun yang tinggi
  5. melindungi saluran pencernaan bayi
  6. mengandung sel darah putih
Saya tahu susu badan baik untuk anak saya. Memang sewaktu mengandung lagi saya azam dan niat nak susukan anak saya sepenuhnya. Dan alhamdulillah sampai sekarang Damia masih menyusu badan. Lagi 2 bulan nak cukup dua tahun. (tak dak tanda nak putus susu pon.hahaa)

Damia n Adam

Sewaktu di wad, (saya masih belum ahli Shaklee dan belum kenal Shaklee), saya google tentang produk yang boleh bantu penyusuan,dan hasilnya saya jumpa ESP. Saya dah tak ingat dengan siapa saya beli awal2 dulu. Tapi ESP memang banyak membantu penyusuan saya. Tapi anda kena ingat. Di samping ambil vitamin, WAJIB apply konsep supply dan demand. dan saya memang pump konsisten. Setiap 2-3 jam, saya akan pump susu. Hasilnya,susu saya meriah, pekat, berat Damia pon cepat naik di wad sebab saya ambil ESP tue. Sampai hospital call suruh bawa balik bekalan susu di hospital sebab susu saya sangat banyak di freezer hospital. Alhamdulillah.
Oklah setakat ini saja perkongsian saya pada hari ini. Saya berkongsi melalui pengalaman saya sendiri. Saya menjadi ahli Shaklee setelah saya mencuba sendiri  produk Shaklee dan berpuas hati. Jika anda inginkan konsultasi dari saya,atau ingin mencuba produk Shaklee seperti ESP, bolehlah menghubungi saya yea! 

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
                     https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!