Faraj Berbau dan Keputihan

Masalah berkaitan alat sulit adalah sesuatu yang memalukan dan tidak perlu diceritakan kepada orang lain termasuklah doktor. Begitu luahan yang sering diutarakan oleh kebanyakan wanita apabila menyentuh isu berkaitan jangkitan di faraj.

Sudahnya, kebanyakan daripada golongan ini hanya berdiam diri dengan menyembunyikan masalah yang dihadapi. Sepatutnya, kekangam seumpama iti perlu diruntuhkan agar rawatan awal dapat diberikan dan secara tidak langsung dapat menghindarkan masalah yang lebih teruk daripada berleluasa. 
Kebanyakan wanita tidak begitu mengambil peduli apabila diri mengalami masalah di faraj. Rata rata beranggapan keadaan itu berlaku atas faktor usia, tekanan dan lain lain sehingga melabelkannya sebagai masalah biasa biarpun kadang kala ia menimbulkan ketidakselesaan dan mengganggu kelancaran aktiviti harian.
Percayalah, alat sulit yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan jangkitan kuman yang menjadi punca kepada masalah keputihan serta penyakit berkaitan seksual. Perlu anda tahu bahawa jangkitan pada faraj boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan latar belakang hidup. Ia boleh terjadi kepada diri anda yang sudah mendirikan rumah tangga mahupun golongan remaja. Jadi, luaskan pengetahuan dengan mengetahui punca gejala masalah itu berlaku dan dapatkan rawatan bersesuaian daripada doktor pakar yang lebih berpengalaman. 
Beringatlah! Kebersihan faraj perlu dititikberatkan. Pengabaianya boleh menyebabkan anda mengalami jangkitan kuman. Antara langkah untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan ialah memastikan kebersihannya dan faraj sentiasa kering sentiasa. 

Keputihan

Keputihan adalah normal berlaku kepada kebanyakan golongan wanita. Yang membezakannya ialah sama ada masalah itu serius atau sebaliknya. Hal ini berlaku kerana sebahagian alat sulit wanita sememangnya sangat sensitif kepada perubahan persekitaran terutamanya tahap keasidan dan kealkalian. 
Oleh yang demikian, setiap perubahan sama ada disebabkan jangkitan kuman seperti bakteria, virus dan kulat, penggunaan produk pembersih atau persekitaran akan menyebabkan ketidakselesaan, gatal atau mengeluarkan keputihan yang tidak normal serta berbau. Bagi mengenalpasti keputihan tidak normal, biasanya lendir yang keluar adalah putih pekat, kelihatan seperti nanah, berbau busuk dan disertai dengan rasa gatal di sekeliling faraj.
Untuk makluman, keputihan yang disebabkan jangkitam bakteria pula biasanya berwarna kuning. Berbau hamis dan gatal pada kemaluan. Keputihan yang disebabkan jangkitan kulat pula berwarna susu, bergumpal, berbau masam, rasa gatal dan kemaluan membengkak dan merah. 
Untuk masalah keputihan, saya amat sarankan untuk anda sendiri mencuba Alfalfa Complex dari Shaklee! Ramai yang dah mencuba dan merasai sendiri perbezaannya! Serius membantu keputihan mereka! Kalau tak percaya mai baca testimoni kat sini.

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
                     https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!