Pengalaman Menjana Pendapatan dengan Shaklee


Alhamdulillah.. Bulan ini masuk bulan ke tiga saya bercuti tanpa gaji dan menjadi Work at Home Mom (WAHM). Perasaan? Alhamdulillah saya memang seronok bekerja dari rumah. Ada juga saya baca keluhan rakan2 yang surirumah, mengadu boring, mungkin sebelum ini dah pernah bekerja, jadi bila dah  duduk rumah jaga anak nie, jadi boring pula. Tapi bagi saya, tiada istilah boring. Tak sempat nak boring pon! Hihi.. Sebabnya saya pun bekerja, tapi bezanya bekerja dari rumah! Dengan anak-anak sebagai peneman di kala suami keluar bekerja. Sebagai contoh, di kala saya sedang menaip entry ini, saya sedang menyusukan anak. Itu yang bestnya bekerja dari rumah. Banyak multitask yang kita dapat lakukan. 
nyusu budak kecik nie lah.hihi
Sewaktu saya mula terjebak di dalam business Shaklee ni, saya buat business ini sebagai business part time. Sebagai business suka-suka. Sebabnya, dah alang2 saya pun guna vitamin Shaklee, apa salahnya jual sekali kan? Lagipun memang saya sendiri merasai kesan positive vitamin Shaklee ni, jadi lebih senang saya nak ceritakan. Sewaktu mula-mula join ahli, saya di add di dalam group2 secret kami. Alhamdulillah memang banyak tips berguna. Disuap-suap tips macam mana nak berjaya. Cuma NAK atau TAK NAK buat saja. Terbaca juga di dalam group,dalam Shaklee ni boleh capai sampai 5-6 angka SEBULAN. Hati kecil sewaktu berbisik dengan penuh keraguan. Eh betul ke? Macam susah nak percaya je. Itulah saya dahulu, sewaktu mula2 join business Shaklee. Negative manjang.haha 
gelagat anak2 di rumah. sambil bekerja pon boleh layan tau!hihi

Bulan pertama saya, bonus Shaklee RM200+.. Dah tak ingat figure dia. Time tu saya masih dapat cek. Tak masuk acc saya lagi. Tapi bulan ke dua, RM500+ kalau tak salah. Saya bgtau suami. Wah abang, ok juga kan business Shaklee nie kan? Waktu tue saya memang tak pegang stock langsung. Upline saya banyak membantu poskan dan banyak order saya submitkan ke HQ Shaklee. Kira macam dropship lah. Ini yang best dalam Shaklee. Tanpa pegang barang dan urus pos barang, masih kita boleh business. HQ akan tolong pos kan. Cuma waktu dulu masih tiada system online, submit order pakai email. Memang berderet lah email. Sekarang lebih mudah bila ada system online. Click2 esok barang sampai. Bulan ke tiga, tanpa disangka, saya naik rank pertama dalam Shaklee. Dan bermula pada saat itu, Alhamdulillah. Bonus setiap bulan memang empat angka. Dan saya? Dah ubah pandangan saya dalam business Shaklee ni. Sebab saya sendiri nampak, angka2 bonus naik setiap bulan. Dan Alhamdulillah,sekarang saya dapat lebih dari apa yang saya nak dahulu. Sebab dulu saya hanya nak RM1000 je setiap bulan! Nak bayar hutang je! Hahaha.. Tapi tak sangka, dengan business Shaklee nie, bukan saja empat angka, lima dan enam angka sebulan,ianya TAK MUSTAHIL. 
Sejak saya nampak potensi di dalam Shaklee. Saya dah tak paling belakang. Alhamdulillah, saya dah grab Car Bonus, dan insyaAllah, bulan Disember tahun ini, bakal mengerjakan umrah tajaan Shaklee for FREE bersama suami tersayang. 
Perjuangan saya masih belum selesai. Terlalu banyak lagi impian yang saya nak capai. Dan saya takkan mungkin berpaling ke belakang. Terus terang saya katakan memang bukan senang nak senang. Tahun pertama memang agak memenatkan. Tapi saya puas, saya puas sebab saya dapat capai apa yang saya nak. Saya nak orang lain pun merasai apa yang telah saya rasakan. InsyaAllah, kita bina dan capai impian sama2.
  
Tangga terakhir Shaklee bakal ku jejak, apabila dijejak, maksudnya bermulalah perjuangan baru di dalam Shaklee.  Tolong amin kan yer kawan2. Dan semoga kawan2 yang baca pun berjaya. Amin.InsyaAllah.  
*nak sertai empayar kami.. kami mengalu-alukan kedatangan anda dengan tangan terbuka. Segala tunjuk ajar akan diberikan! hubungi saya di 0195738234
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!