Haid lewat, tetapi Ujian Kehamilan Negatif?

Bagi pasangan yang baru berkahwin atau pasangan yang sedang menantikan kehadiran cahaya mata, apabila haid sudah terlewat, ianya menjadi saat yang mendebarkan untuk mengetahui sama ada anda hamil atau tidak. Setelah ujian kehamilan dibuat, keputusan hamil menunjukkan anda tidak hamil iaitu negative. Kenapa ianya boleh terjadi sebegini ye? 

Apabila anda sedang mencuba untuk hamil, dan haid anda lambat tetapi ujian kehamilan tidak menunjukkan tanda positif, ini boleh membuatkan anda runsing dan keliru. Jika kitaran haid anda yang biasanya normal dan teratur tiba-tiba menjadi tidak teratur, atau terhenti, fikirkan apakah yang berubah dalam gaya hidup anda. 

Contohnya, terlalu banyak tekanan, senaman berlebihan, penurunan berat badan dan penambahan berat boleh menjejaskan tahap hormon anda dan mengganggu aturan haid. 

Ovari anda biasanya mengeluarkan sebiji telur setiap hari, kira-kira 12 hingga 14 hari selepas hari pertama haid. Jika telur ini tidak disenyawakan, lapisan dalam uterus akan luruh dan haid anda akan bermula. 


Jika ovari anda tidak mengeluarkan telur sebagaimana sepatutnya, maka uterus anda mungkin tidak menerima kesemua isyarat yang diperlukan untuk memulakan kitaran haid. Kadang kala wanita terpaksa mengambil ubat untuk membantu ovari dan uterus mereka berkomunikasi supaya mereka boleh mendapat haid yang teratur. 

Jika haid anda tidak datang lebih daripada tiga kali berturut-turut, dan ujian kehamilan menunjukkan negative, doktor anda perlu membuat pemeriksaan untuk mengetahui puncanya. Ada dua kemungkinan di sini: 

Anda mungkin mengalami polisistik ovari 


Sindrom Policistik Ovari (Polycystic ovary syndrome – PCOS) berlaku apabila sesetengah hormon dalam kadar yang tinggi merangsang ovari anda supaya menghasilkan banyak folikel. Kesemua folikel ini tidak cukup matang untuk mengeluarkan telur. Oleh kerana anda belum berovulasi, anda juga tidak datang haid. Tanda-tanda lain PCOS termasuk pertumbuhan rambut yang berlebihan di bahagian muka, dada dan bawah abdomen, jerawat, dan kecenderungan peningkatan berat di bahagian pinggang. 

Anda mungkin menghasilkan terlalu banyak hormon prolaktin 


Jika anda menghasilkan prolaktin pada tahap yang tidak normal, anda mungkin tidak datang haid sekali atau dua kali. Seorang wanita biasanya mengeluarkan prolaktin apabila dia sedang menyusukan, maka kerana itulah haidnya terhenti pada waktu ini. Jika anda tidak hamil atau menyusukan, tetapi keluar susu daripada puting, maka prolaktin mungkin adalah penyebabnya. 

Ada sebab-sebab lain mengapa haid anda mungkin menjadi tidak teratur atau terhenti. Contohnya, anda mungkin mengalami kesan sampingan daripada ubat yang sedang anda ambil. 

Jika haid anda tidak tiba, dan anda masih mendapat keputusan negatif daripada ujian kehamilan, atau kitaran haid anda terus menjadi tidak menentu, jumpalah doktor.  

Ada juga kes, bila buat ujian kehamilan sendiri, keputusan tidak hamil, tetapi apabila scan jumpa doktor, alhamdulillah hamil. Jadi apa2 pun, pastikan anda jumpa doktor dahulu sebelum makan apa2 ubat yea! 

Inginkan Vitamin Shaklee dari saya??

COD kawasan Sungai Petani, Bandar Puteri Jaya dan kawasan berdekatan

Anda boleh hubungi saya di nombor yang tertera

sms@whatsapp effa 0195738234

Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!