Berkahwin di Umur yang Muda Bukan Penghalang nak Capai Kejayaan

Malam ini adik tersayang selamat bergelar isteri. Adikku yang no 3 ni boleh dikategorikan kahwin dalam usia yang muda. Dah jadi trend sekarang kahwin pada usia yang muda. Jika berkemampuan apa salahnya. Perkara elok tak baik dilengahkan jika dah sampai seru. 

Saya kahwin lepas habis degree. Umur 24 tahun. Time kahwin ambil DPLI, salah satu sebab nak kahwin, takut posting dapat jauh, dan sebab saya asal sarawak, jadi saya takut juga “dilemparkan” ke sana kembali. Dan alhamdulillah, lepas kahwin, memang posting dekat ciput dengan suami.  Hikhik. Rezeki anak sulung. 
Sambung tentang kahwin muda. Mama saya sendiri kahwin pada usia 18 tahun. Semangat, ketabahan mama nak sambung belajar memang buat saya kagum. Tambahan pula ayah saya mula sakit pada tahun 1997. Mama saya masih sambung degree. Mama saya kahwin usia 18tahun, anak dah 2 orang baru masuk maktab perguruan. Anak nak
masuk ke tiga, saya masih ingat lagi, mama time ambil STPM, waktu tue mama alahan mengandung anak ke 3. Ingat lagi saat mama saya keluar dari dewan untuk muntah. Saya dan adik tunggu dengan abah di dalam kereta waktu itu. Masuk anak ke 5, abah dah sakit dah pun time tue, mama sambung degree. Abah saya bukan sakit biasa, kanser ketumbuhan dalam otak, yang membuatkan ayah saya lumpuh sebelah. Sebab tue saya sangat kagumi mama saya. Mama masih boleh ambil degree walaupun mama kerja + menjaga abah yang sakit. 
Jadi bagi adik2 yang kahwin muda, tak dak masalah pun nak kejar impian dan cita-cita. Jika kita betul2 nak. Kita pasti usahakan sampai dapat. Segala halangan akan kita tempuh. Jika kita tak nak, seribu alasan akan kita bagi. 
Btw boleh juga diaplikasikan dalam business Shaklee nie. Hendak seribu daya. Apa2 halangan pasti kita akan tempuh jika kita betul2 nak. Susah ke, leceh ke. Pasti akan kita tempuh. Tapi kalau tak hendak, alasan, bergunung2. Mak pon sampai malas nak layan okeh. (Mak business tau). 
Jadi, bagi yang berimpian, nak capai impian bersama2 kami, kami mengalu2 kan kedatangan anda! Asalkan anda memang sanggup sedia modal yang sangat tinggi nie! Modal dan untuk jadi ahli Shaklee adalah sangat tinggi iaitu, RM75! Paling tinggi sebab ianya memerlukan semangat yang tinggi! Tak mudah putus asa! Seorang yang positive dan proactive! Jika anda mempunyai ciri2 di atas, baru boleh join group kami tau!! 
Ehhh, nak join utk makan sendiri pon boleh.. Tiada masalah, sambil amalkan vitamin, cash reward pon dapat tau! 
Okeh setakat itu saja perkongsian saya pada jam 1 pagi ini.. 
Salam sayang dari saya.
Master2b
Mamaa Adamia
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!