9 Cara Hindari Kelahiran Songsang

Dilaporkan bahawa kira-kira 20% ibu hamil akan mengalami keadaan di mana bayi di dalam kandungannya berada dalam kedudukan songsang. Tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan jika hal ini berlaku ketika anda berada di awal usia kehamilan.


Kedudukan songsang tersebut lazimnya akan berubah ketika kehamilan mencecah usia pertengahan. Proses perubahan kedudukan akan berlaku secara semulajadi pada minggu ke 28 hingga minggu ke 32 kehamilan.


Dilaporkan juga bahawa kelahiran songsang masih boleh berlaku walaupun usia kandungan sudah cukup bulan. Ia berlaku dalam nisbah 1:25. Namun, anda tidak perlu risau kerana bayi masih mampu berubah kedudukan normal pada saat akhir proses bersalin.


Cuba Lakukan Sendiri

Terdapat beberapa perkara yang anda boleh cuba lakukan di rumah bagi mengubah kedudukan bayi dalam kandungan secara SEMULAJADI agar kembali dalam posisi yang normal. (AMARAN!! Jangan ubah kedudukan bayi secara paksa kerana ia boleh mengakibatkan bayi terbelit tali pusat.)


1. Merangkak


Luangkan lebih banyak masa untuk berada di dalam keadaan seperti merangkak. Dengan melakukan posisi sebegini, graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Anda disarankan untuk berada dalam posisi merangkak setiap hari sambil membaca majalah, buku atau surat khabar mahupun bahan bacaan yang lainnya.


2. Kaedah Panas – Sejuk


Letakkan pad ais pada bahagian atas rahim anda. Manakala di bahagian bawah rahim pula, letakkan bekas yang berisi air suam. Bayi anda akan cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba.


3. Pek Ais


Letakkan pek ais di atas perut. Namun, anda dinasihatkan untuk melapik perut dengan kain terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini ialah untuk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi. Oleh yang demikian, diharap dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.


4. Berendam Di Dalam Kolam Renang


Amalan ini sama konsepnya seperti penggunaan pek ais yang diletakkan di atas perut. Tujuannya bagi menggalakkan bayi untuk memusingkan kepalanya ke bawah.


5. Menyanyi Dan Bercakap


Rakamkan suara anda menyanyi ataupun bercakap kepada bayi. Mainkan rakaman berkenaan berulang kali dengan menggunakan headphone berdekatan dengan tulang pubik bagi menggalakkan bayi bergerak mendekati suara anda.


6. Senaman Tilt Position


Kaedah senaman ini sama seperti anda sujud ketika bersolat. Oleh sebab itu, ketika melakukan sujud, anda sangat digalakkan untuk melakukannya lebih lama daripada biasa. Pada masa yang sama, anda boleh memohon doa agar bayi berkeadaan normal terutamanya pada sujud terakhir. Menurut pendapat pakar anda boleh melakukannya dalam jumlah masa 20 minit sehari. Kelebihan di sebalik senaman ini ialah kepala bayi akan turun ke bahagian yang sepatutnya.


7. Lampu Suluh


Penggunaan cahaya daripada lampu suluh dipercayai dapat membantu bayi bergerak kedudukan normal. Caranya ialah dengan menghalakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuan ia dilakukan ialah untuk membolehkan bayi bergerak ke arah cahaya.


8. Pujukan


Anda dinasihatkan supaya kerap berbual-bual dengan bayi sambil memujuknya supaya berada di kedudukan yang betul.


9. Doa 


Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat agar bayi berkedudukan normal bagi membolehkan anda melahirkan.
Perhatian: 
Jangan berani membuat urutan dari Bidan untuk pusingkan keadaan bayi! Ianya sangat merbahaya
Ada doktor yang akan cadangkan prosedur ECV (Pusingkan bayi yang songsang). Tapi ianya bergantung pada keadaan si ibu dan bayi. Kalau nak buat pastikan buat dengan doktor dan bukan bidan sebabnya doktor akan scan sebelum buat,dan keadaan akan dipantau dan if ada apa2 risiko bayi lemas atau uri terpisah emergency czer akan dilakukan.
 
Sebelum ECV, kena CTG dulu dalam 20 – 30 minit, untuk monitor keadaan baby agar betul2 baik, segala heart beat dan pergerakannya.

Prosedur ECV tu sangat la simple, mcm nurse/doc check perut kita waktu monthly checkup tu je. Less then 1 minute. Sebelah tangan doktor pegang punggung baby, sebelah lagi pegang kepala, then dia pusingkan supaya kepala menghala ke bawah. Siap! 



Dapatkan Vitamin Shaklee dgn saya di….

sms@whatsapp effa 0195738234
COD di kawasan Sungai Petani dan sewaktu dengannya.
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

2 Comments
  1. March 10, 2014
  2. March 12, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!