10 tip Menghentikan si manja dari Melekap atau Mengempeng.

Apabila si manja dah mula masuk usia 2 tahun, pasti si ibu mula runsing. Bagaimana nak buat si manja berhenti “mengempeng”. Pasti sedih sewaktu mula2 nak menceraikan susu dengan si manja. Ada juga kes di mana susu dah tiada, tapi anak tetap nak “mengempeng” atau melekap sebab mereka hanya mahu bersama ibu mereka, mencium bau ibu dan mahu rasa selamat. Mereka bukannya menyusu kerana lapar tetapi sekadar mahu melekap. 

Ketahui 10 tip berkesan menghentikan si manja dari melekap atau mengempeng.

PERTAMA
Jangan menawarkan payudaya kepada si manja dalam apa jua situasi. Anda juga perlu mempunyai mental yang kuat dan tegas dalam hal ini dan kenakan syarat jika perlu.

KEDUA
Cuba peluk dan cium setiap kali dia meminta untuk melekap dengan anda. Mungkin dia hanya perlukan belaian anda.

KETIGA
Gunakan kaedah psikologi untuk meyakinkannya untuk berhentu melekap dengan anda. Misalnya katakan ayat seperti ini, “Mia sudah besar kan? Mia sudah pergi sekolah dan sangat pandai. Orang dah besar tak perlu menyusu ibu lagi. Cuba Mia lihat kakak dan abang pun sudah tidak menyusu ibu lagi kan?”

KEEMPAT
Cuba gantikan wakti kebiasaan melekap dengan aktiviti yang lain. Misalnya membacakan cerita atau kisah nabio sehingga dia terlena sendiri.

KELIMA
Katakan kepadanya bahawa kanak-kanak seusianya sudah meminum susu segar menggantikan susu ibu.

KEENAM
Pelbagaikan jenis makanannya supaya dia sudah tidak bergantung pada susu ibu.

KETUJUH
Berikan ganjaran atau pujian kepada si manja setiap kali dia berjaya untuk tidak melekap dengan anda.

KELAPAN
Minta bantuan suami atau orang lain untuk menerangkan kepada si manja bahawa tabiat melekap dengan ibu adalah perbuatan bayi kecil sahaja dan amat memalukan jika diteruskan apabila sudah besar.

KESEMBILAN
Berdoalah agar hajat anda menghentikan tabiatnya itu dapat dicapai dengan baik tanpa mengakibatkan tekanan perasaan kepada si manja.

KESEPULUH
Belikan dia sesuatu yang boleh membantunya melupakan waktu melekap seperti katil dan tilam saiz kanak-kanak. Katakan padanya sudah tiba masanya dia tidur berasingan dengan anda dan sudah tidak boleh melekap lagi. 

Diharap dapat membantu anda di dalam entry kali ini! Jangan lupa follow dan tinggal jejak ye 🙂

Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!