Perkembangan Otak Bayi semasa Hamil

Semua bakal ibu dan bapa pasti inginkan cahaya mata mereka yang bakal dilahirkan di dunia dilahirkan sempurna sihat dan bijak. Perkembangan otak bayi bermula seawal dari awal kandungan lagi.

Trimester Pertama

Ketika ini asid folic diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah dan mengelakkan kecatatan bayi. Sebenarnya asid folik dinasihatkan diambil tiga bulan sebelum merancang kehamilan. Di awal kehamilan juga si ibu perlu banyak mengambil kalsium dan besi untuk perkembangan bayi yang sihat. 
Seterusnya pada minggu ke empat didapati embrio bersaiz 6mm akan kelihatan membentuk awal otak dan tulang belakang. Masuk minggu ke enam otak bayi masih lagi di dalam proses perkembangan. Pergerakan hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan. Apabila memasuki minggu ke 10, otak pula berkembang cepat  sehingga saiz kepala lebih besar dari tubuh. 

Trimester Kedua

Setelah memasuki trimester kedua, pada minggu ke 14, didapati bayi sudah memberi respon kepada dunia di luar rahim ibu, bayi mungkin akan bergerak apabila si ibu mengusap perut,tapi si ibu mungkin masih belum dapat merasakannya. Bayi hanya boleh mendengar selepas 20 minggu. Organ-organ bayi mulai matang termasuk mula tumbuh rambut di kening, kepala, dan seluruh badannya. Bayi sudah boleh menggenggam, menggerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan keningnya. Seterusnya minggu ke 28, jaringan otak mula berkembang. Pada minggu ini bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit dan semasa hamil degupan jantung antara 120 hingga 180 degupan jantung seminit.

Trimester ketiga

Masanya hampir tiba untuk si ibu melahirkan bayi. Pada minggu terakhir iaitu minggu ke 30, otak semakin berkembang dengan cepat. Bayi juga semakin membesar dan hampir memenuhi seluruh ruang di rahim si ibu. Juga berat bayi meningkat dengan cepat. Manakala paru-paru dan saluran penghadaman semakin matang. Ketika ini otak bayi sudah matang dan bersedia untuk menyerap pelbagai jaringan persekitaran barunya iaitu di luar rahim.

Untuk perkembangan otak bayi. Si ibu boleh mengambil Omega Guard semasa dalam proses kehamilan. Omega Guard terbukti dapat membantu dalam perkembangan otak sejak dari awal kandungan.

Cadangan dari Vitamin Shaklee untuk ibu yang sedang hamil  : B kompleks (mempunyai asid folic) , Ostematrix (Kalsium) dan Vitalea (Multivitamin yang mempunyai besi), Vitamin C untuk sistem imun. ESP untuk perkembangan bayi dan memberi tenaga kepada si ibu.

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
                     https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!