Kepentingan Sarapan Pagi

Masih ramai di kalangan masyarakat yang tidak tahu kepentingan bersarapan pagi. Antara alasan yang sering kita dengar apabila ditanya mengapa tidak bersarapan adalah kerana tiada selera makan atau bimbang kenaikan berat badan. Ada juga tanggapan menyatakan bahawa sarapan pagi akan menyebabkan seseorang lebih mengantuk dan kurang daya tumpuan.

Sama ada berselera atau tidak, jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi. Ibarat kata pepatah, ‘alah bisa, tegal biasa’. Sesuatu perkara yang dipraktikkan setiap hari akan menjadi rutin harian. Untuk itu, mulakan sarapan pagi mulai sekarang. Ini kerana ia berperanan membekalkan tenaga kepada tubuh badan bagi melakukan aktiviti harian yang sibuk.

Antara manfaat yang diperoleh melalui sarapan pagi adalah:

1) MEMENUHI NUTRISI YANG DIPERLUKAN

Hidangan terbaik untuk sarapan pagi adalah yang mempunyai karbohidrat atau berserat tinggi. Makanan seperti oat, bijirin dan roti gandum amat sesuai dijadikan hidangan pada waktu pagi kerana ia membekalkan tenaga dan tidak cepat lapar.

2) KURANGKAN BERAT BADAN

Sarapan pagi dengan perut yang masih kosong akan mempercepatkan pembakaran kalori secara lebih efisien.

3) TINGKATKAN DAYA TUMPUAN

Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar tenaga dalam bentuk glukosa dan glikogen telah digunakan pada hari sebelumnya. Oleh itu, pengambilan makanan yang berglukosa diperlukan untuk menjana perkembangan otak dan daya tumpuan. Tanpa glukosa, anda akan berasa letih dan kurang tumpuan terhadap kerja yang dilakukan.

4) CEGAH SAKIT JANTUNG

Kandungan serat yang diperoleh daripada bijirin dapat menyerap kolesterol yang terdapat di dalam badan. Penyerapan kolesterol ini sekali gus mengurangkan tahap kolesterol yang boleh membahayakan kesihatan.

TIPS SIHAT

Selain manfaat tersebut, disini ada  beberapa tip sihat khas buat anda yang sentiasa mengelak untuk bersarapan pagi.

 

  • Ambil hidangan yang mempunyai kandungan serat, protein dan kalsium. Hidangan seperti bijirin sudah cukup untuk sarapan pagi.
  • Jika anda seorang yang sibuk, sentiasa bawa sekeping roti dan susu sebagai hidangan pagi sebelum melangkah ke pejabat.
  • Hidangan telur juga baik sebagai sajian pagi anda. Vitamin dan mineral yang terdapat di dalamnya membantu memberi nutrisi yang diperlukan oleh badan.
  • Jika anda kurang berasa lapar pada pagi hari, cuba untuk tidak makan selepas pukul 8.00 malam pada hari sebelumnya. Keesokan pagi, anda pasti berasa lapar. 

Atau jika anda merasakan tidak ada masa atau ingin cepat, anda boleh bersarapan pagi dengan mengambil Energizing Soy Protein (ESP) atau Mealshake dari Shaklee. 

Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

Mealshake bukan sahaja kaya dengan protin dan kalsium tetapi juga kaya dengan 19 vitamin & mineral penting seperti Vitamin A, Vitamin B12, B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folic,  Vitamin C, Vitamin E, Biotin, Vitamin D, Niacin, kalsium, iodin, besi, fosforus, magnesium, selenium, chromium, molybdenum, zinc. Tambahan lagi indeks glisemiknya juga rendah.
 *ESP adalah HOT PRODUK yang digemari ramai disebabkan kebaikan yang yang banyak. Antaranya ESP juga baik utk kulit, untuk kurus, utk kesuburan, utk ibu sedang hamil, utk memberi tenaga, utk gastrik dan pedih ulu hati dan macam2 lagi lah. 
* Mealshake, minuman kegemaran ibu2 yang anaknya mempunyai masalah terlalu kurus dan tidak berselera untuk makan dan sering kali sakit. Juga baik untuk anak2 yang kerap sembelit. Juga sesuai utk orang dewasa yang ingin menambah berat. 🙂

 

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
                     https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!