Persediaan Ibu Menyusu sewaktu berpuasa

Testimoni ESP+ Performance drink sewaktu berpuasa
Mesti ramai ibu-ibu yang menyusukan dah prepare segala macam persediaan untuk berpuasa kan? Fa pun sama..hihi..Fa dah beli segala macam untuk memastikan fa kuat dan bertenaga walaupun berpuasa. dan yang penting sekali susu tidak terjejas. Damia masih menyusu sepenuhnya. Mama akan pastikan sampai umur 2 tahun. InsyaAllah..
Ok apa yang aku prepare?
Aku beli stock makanan.. Banyak.. segala bijiran semua aku beli..antaranya..
1) OAT
2) BISKUT
3) LONGAN KERING (nak buat air lah kunun)
4) Fresh Milk
5) Performance Drink
6) ESP
7) Mealshake
Ok rasa banyak sangat tak semua benda aku nak ambil dalam masa yang sama? huhuu.. Yang pastinya sahur memang wajib ambil ESP+Performance drink+Mealshake lepas tue Vitalea + B kompleks! Itu nak pastikan aku berTENAGA dan tak lesu..takot pengsan pula. Aku dah buat ujikaji tau. Bila tak ambil supplement, memang aku macam kain buruk je bila puasa! Letih dan tak bertenaga tanpa supplement!
Ok selain dari itu meh kita baca tips dan persediaan ibu menyusu untuk berpuasa.

Persediaan berpuasa bagi ibu menyusu

  1. Persediaan stok EBM : Buat rancangan mengumpul stok beberapa bulan sebelum Ramadhan. Walaupun kajian menunjukkan production susu dari segi kuantiti tidak terjejas disebabkan puasa, lebih baik kita bersedia lebih awal sebagai langkah berhati-hati
  2. Berfikiran positif : Yakinlah bahawa kita mampu melalui tempoh puasa dengan baik. Jangan fikir mengenai kemungkinan production drop atau anak tidak cukup susu. Mohonlah dengan Allah untuk bantu perjalanan penyusuan ini.
  3. Pemakanan : Makanan yang berkhasiat sangat penting ketika menyusukan anak dalam bulan puasa. Ini kerana, kajian menunjukkan kualiti nutrien dalam susu ibu akan menurun ketika berpuasa walaupun kuantitinya tidak terjejas.
    • Lebihkan serat (Fiber) – ambil makanan yang tinggi dengan serat seperti kurma, oat dan buah-buahan/ sayur-sayuran kerana ia dapat mengurangkan asid dalam peut yang boleh menyebabkan gastrik, pedih ulu hati dan byk lagi.
    • Cukup minum air – di antara waktu berbuka dan bersahur, cuba minum air sebanyak mungkin atau sekurang-kurangnya mencukupi keperluan harian ibu (2-3 liter air bagi purata berat badan 50kg). Ia penting bagi mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa.
    • Cukup Protein dan Karbohidrat – sumber protein seperti daging, kacang soya, susu; dan karbohidrat seperti roti dan nasi adalah perlu mencukupi jika ibu menyusu dan berpuasa kerana tenaga harian ditukar dari makanan-makanan ini
    • Pastikan ambil mineral, vitamin dan gula secukupnya – pengambilan mineral dan vitamin boleh membantu mengisi kekurangan zat yang diperlukan badan kerana semasa berpuasa, ibu cenderung tidak dapat memenuhi keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk sistem badan berfungsi dengan sempurna. Pengambilan gula sihat dari jus buahan atau minuman glukos semasa berbuka adalah cara memulihkan tenaga secara cepat selepas berpuasa.
    • Kurangkan makanan tertentu – sesetengah jenis makanan perlu dikawal dan dikurangkan seperti makanan pedas, berminyak, berkafein dan bergula tinggi (terutama jika anda diabetik)
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
                     https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!