Tips Memilih Kasut semasa Hamil

Yang mana satu menjadi pilihan wahai ibu-ibu atau bakal ibu? 

Pemilihan kasut sewaktu hamil ini sangat penting terutama sekali untuk wanita hamil @ mengandung. Kenapa penting? Sebab apabila perut semakin membesar, semakin berat bebanan yang kita akan bawa. Bila makin berat, pakai kasut tinggi. Apa yang akan jadi? Sudah tentu la akan sakit pinggang. Sakit tumit, lutut. Kena ingat yea, bila dah mula mengandung, banyak perubahan dalam badan kita yang berlaku dan akan berlaku. Antara perubahan ketara mestilah perut makin besar, DAN KAKI pun makin besar dan kembang. Tak caya? Tunggu je nanti. hihi..

Ok di sini fa kongsi Tips pemilihan kasut sewaktu hamil.
Antara faktor yang perlu diambil kira semasa ingin memilih kasut ialah:-
  • Keselamatan. Anda perlu menitik beratkan pemilihan kasut yang mempunyai tapak yang tidak licin. Ini bagi mengelakkan anda daripada mudah tergelincir semasa berjalan.
  •  
  • Flat atau bertapak rendah. Sekiranya anda membuat keputusan untuk membeli kasut sebegini, ianya lebih bagus dan selamat terutama apabila usia kandungan menginjak ke trimester ketiga kerana ketika ini majority wanita hamil akan berasa sukar untuk ‘balance’kan badan ketika berjalan sekiranya mereka memakai kasut bertumit tinggi.
  •  
  • Selesa. Cari kasut yang selesa dipakai. Kasut yang bertapak lembut lebih selesa dipakai apabila berjalan. Jika perlu, ambil saiz yang lebih besar supaya anda selesa memakai kasut tersebut. Semasa mencuba kasut, jalan beberapa kali supaya anda benar-benar puas hati dengan keselesaan kasut tersebut.
  •  
  • Slip-on. Ianya lebih mudah bagi anda untuk mamakai kasut  yang ‘slip-on’ berbanding yang bertali.

Kehamilan tidak menghadkan anda daripada memilih kasut yang sesuai dengan anda mengikut masa dan aktiviti yang sedang dilakukan. Anda masih boleh bergaya dengan pelbagai design dan bentuk kasut di pasaran asalkan mengikut ciri-ciri yang disenaraikan di atas.

Sekarang banyak  fesyen-fesyen kasut yang cantik walaupun tidak bertumit tinggi. Saya sendiri dah melupakan kasut tinggi walaupun dah bersalin. Al maklum lah kerja cikgu nie kerap berdiri. 

Bagi yang masih sakit pinggang atau sakit kaki lenguh walaupun dah memakai kasut tumit rendah, mungkin itu tanda kalsium yang tak mencukupi. Jadi banyakkan minum susu atau makan makanan tinggi kalsium. Kalau jenis tak suka susu, boleh ambil Ostematrix. Pil kalsium yang bukan sekadar kalsium. 🙂

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
                     https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!