Sakit Pinggang sewaktu Mengandung Hilang

Sakit  Pinggang sewaktu mengandung nie bagi aku normal. Sebab pe, sebab time aku mengandung Adam dan Damia dulu, aku pun sakit pinggang. Padahal perut kecik lagi, tue buat aku tak paham. Bila jumpa nurse, nurse boleh pula cakap, mcmna boleh sakit pinggang, perut kecil lagi..Habis tue takkan aku nak tipu. Dah sakit betul-betul..huhuuu..Aku pikir time tu, maybe sebab aku tak minum susu. Kalsium kurang. Aku kan alah mengandung teruk. 
Kawan aku whatsapp tanya pasal sakit pinggang dan sakit-sakit badan. Meh kita baca dari blog-blog lain.

Sakit Pinggang Dan Belakang (Source: Dr Hamid Arshat)
Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.

Mengatasi Sakit Belakang Dan Pinggang (Source: Kak Engku Bidan Bersalin)
Sakit pinggang dan sakit belakang adalah gejala sinonim dengan ibu hamil. Ia seringkali menggangu dan membuat ibu hamil tidak selesa malah mengganggu kerja dan aktiviti yang sedang dilakukan. Tiada ubat khas untuk masalah ini melainkan kaedah pergerakan tubuh yang betul bagi mengurangkan kesan masalah ini. Berikut antara cara yang boleh anda jadikan panduan untuk mengatasi masalah tersebut.
  • Senaman khas untuk ibu mengandung baik untuk kesihatan pinggang dan membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian tersebut.
  • Postur yang betul semasa mengambil barang di lantai juga memainkan peranan. Elakkan terus tunduk atau membongkok untuk mengangkat barang di lantai. Sebaliknya bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang anda lurus. Elakkan juga mengangkat barang yang terlalu berat.
  • Pastikan anda duduk dengan posisi yang betul. Letakkan bantal kecil untuk menyokong bahagian belakang. Elakkan menyilang kaki ketika duduk dan jangan mencangkung.
  • Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Pakai kasut yang rata dan ringkas.
  • Tidurlah di atas tilam yang tebal kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit belakang.
  • Mintalah suami mengurut belakang anda perlahan-lahan menggunakan minyak bayi untuk melegakan kesakitan.
  • Elakkan berdiri terlalu lama.
  • Jaga-jaga dengan pertambahan berat badan anda. Pertambahan yang berlebihan juga mudah membuat anda sakit belakang.
Tips hilangkan sakit belakang sewaktu mengandung (Source: Bengkung Moden)
  • Letakkan bantal kecil dibahagian belakang ketika duduk terutama jika duduk diatas kerusi untuk menyokong tulang belakang sewaktu bersandar.
  • Alas belakang badan dengan bantal sewaktu tidur atau berbaring untuk menyokong bahagian belakang dan tulang belakang. Mengikut kajian, wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri sewaktu tidur kerana ia membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta.
  • Elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi sewaktu hamil kerana ia akan menjejaskan kesihatan tulang belakang anda.

 

Ok Mila, agak membantu dak? Kalau nak Vitamin Shaklee, aku suggest ambil Ostematrix!

Meh baca testi-testi yang dah makan Ostematrix sewaktu mengandung!

Credit utk google dan sumber blog seperti yang tertera pada gambar-gambar tersebut. Aku sendiri amalkan.Kalau sakit-sakit badan, lenguh kaki, pinggang, memang aku akan ambil Ostematrix nie. Bila bangun Alhamdulillah hilang.. Kalau nak tau keberkesanannya, kena cuba sendiri. Kalau nak order dgn HOTT PRICEE bagitau yer.. ^_^

Berminat sila hubungi:
Sms/whatsapp: 019 5738234
Email: dinkygurlz@yahoo.com
Blog: http://ourlovebonding.com/
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!