Musim Tunang*Kahwin**Tahniah!! :)

Alhamdulillah..kenyang dengan homemade nasi goreng tomyam..boleh lah..sebab tak dak bahan nak letak, aku letak ayam je..rasa  pe yer abang n k.cik..huhuu..makan je la nooo..suami request nak bawa bekal nasi goreng pagi nie sebab nasi semalam banyak lagi.. So bangun awal la skit pagi nie..Bubur Damia pon dah siap masak. Blend je belum. Bekal damia hari ni, bubur oat labu cheese dengan pisang..pisang aku blend sekali je jap lagi. Western dak bekal damia? Huhuu..kreatifkan sebab tak mau anak jemu.
google yer. Aku pnya nasi goreng tak cantik mcm nie.xckup bahan.hahaha
Mood nak update blog mai, so cepat-cepat buka. Alhamdulillah, adik lelaki sulungku Khairul Aimullah selamat nikah dengan pasangan tercintanya, Mira. (nama macam susah nak eja, takot salah, eja nama pendek je la)..huhuuu.. Kalau dah jodoh tak ke mana. Kan kan? Hari tue adik no 3 bertunang. Adik ipaq pon baru sangat bertunang. Musim kahwin sekarang nie. Nanti musim beranak pula. hihi..Tengok dalam facebook, ramai gak yang bertunang dan berkahwin. Tahniah yea!!! Yang jemput, sampai hantar kad, tq sangat!! Kalau berkesempatan, fa p noo..Apa-apa pun semoga segala urusan dipermudahkan.
Adik ku kawen.. Sedih xdpt g 🙁
Bertunang, berkahwin, mudah… Nak mengekalkan perkahwinan tue perkara yang paling mencabar. Tahun nie,nak masuk tahun ke 4 perkahwinan aku dan suami tercinta. Anak pun dah dua orang..Lagi beranak, lagi bertambah rezeki yang masuk. Alhamdulillah..Plan nak 4-5 orang anak. Ramai sangat dak?? huhu.. Aku suka anak ramai sebab dah biasa dengan adik-adik yang ramai. Tapi, kena pikir len lah. Kalau Allah izinNya..ngeh3.. 
cun dak? Aku make up nie.hahahha..
Adik no 3 n  no 2..
Semalam p tengok rumah. 89% dah.. InsyaAllah nak renovate rumah sebelum duduk. Dah pikir nak buat pe. Harap2 $$$ pon mengizinkan. Sembang atas angin dengan aiq liuq memang tak ke mana.hihi..Dijangka bulan 7 siap dan boleh duduk dah. Semoga dipermudahkan urusan kami nak duduk rumah baru.. Pikir pasal duit oh duit..huhuuuuu
Adam melawat kawasan tepi rumah.huhuuuu

Ok lah..Aku nak p blend bubur damia. Nak ready ke sekolah. Tq Allah atas segala nikmat yang Kau berikan. Alhamdulillah. I love You..

Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

4 Comments
  1. May 19, 2013
  2. May 19, 2013
  3. May 19, 2013
  4. May 19, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!