Puteri mama Anemia?

Sebenarnya mata dah mengantuk. Tapi bila tengok botol air drip damia nak kering, takut pula nak tido. Takot air habes, mama xsedar, nanti darah pulak masuk wayar drip tue..(term aku sendiri buat sbb pernah jd kat aku)..huhu..

Ok ramai yang tanya..Damia demam sebab apa..yer sebab apa..hasil dari ujian darah, dan aku dah tanya doc tadi, sebab HB damia yg rendah..or term dia Anemia.. HB damia 8..8 kategori rendah tapi masih belum sampai tahap pemindahan darah..takutnya mama dengar..minta dijauhkanlah. Disebabkan Hb damia yg rendah, maka badan dia lambat nak baik dari demam..masuk hari sabtu, dah 5 hari demam..demam tinggi pulak tue. Bukan dedar2 jer..jadi doc akan bagi vitamin2, dan selama 3 bulan kena extra care. Tak boleh bg dengan orang ramai.tak boleh keluar..itu aku risau..bulan 5 ada 3 kenduri penting. Compom orang ramai, nama pon kenduri.. Nampaknya aku kena kepit dengan anak je lah time kenduri..bukan pe, baby kan disukai ramai..takut dipass2 dan dicium2.jadi kenalah ambil langkah berjaga2, kepit je mama@abah dgn Damia..harap kwn2 dan saudara mara dapat memahami..

Kalau ibu mengandung, boleh ambil vitamin Shaklee je aku suggest..memang hb naik..tapi Damia terlampau kecil..huhuu..

Harap2 urusan esok dipermudahkan..Damia boleh keluar dan kami boleh balik..yeaaaa..harap2 esok damia dah tak demam..kalau demam pun, mama nak jaga kat rumah je lah..duduk hospital xbest..mama rindu abg adam..eh sekali dgn abah dia gak..hikhik..

Time tulis entry nie damia dah tidur.tue pon tidur jam 1 lebih td..sempat main td..nampak bertenaga sikit berbanding semalam. Semalam bangun pon diam je, tgk dgn pandangan kosong..senyum pon tak mau..harap2 esok baik terus..

Ok botol drip dah kering, aku pon dah petik button call..doakan Damia cpt sembuh yer kawan2! Amin!

Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!