Risiko Osteoporosis pada Usia Muda

Ramai wanita yang berdepan dengan risiko mengalami osteoporosis pada usia muda. Ini adalah kerana pengambilan kalsium yang tidak mencukupi terutama sekali ketika mengandung dan menyusukan anak.

Osteoporosis adalah penyakit tanpa disedari. Ia menyebabkan kemerosotan pada tulang dan sedikit demi sedikit membuat tulang semakin lemah dan semakin rapuh. Memandangkan salah satu tanda paling mudah ialah tulang rapuh, seseorang itu hanya akan sedar yang dia mengalami osteoporosis apabila tulangnya patah. Bagi mereka yang berusia 50 tahun ke atas, 1 daripada 3 wanita akan mengalaminya, berbanding dengan lelaki di mana 1 daripada 5 lelaki akan merana kerana osteoporosis .

Tulang sihat untuk hidup sihat

Bagaimana harus kita jaga tulang kita agar ia kuat dan sihat? Tulang adalah tisu hidup yang bertindak pada senaman dan pemakanan untuk menjadi lebih kuat. Anda tahu yang otot anda akan menjadi lebih besar dan kuat apabila anda sering menggunakannya . Begitu juga dengan tulang. Tulang anda akan menjadi lebih kuat dan lebih padat apabila anda membuat ia bekerja dan membekalkan nutrien tulang yang betul.

Bagi tulang, “bekerja” bermakna mengendali impak, berat badan anda atau lebih banyak rintangan. Terdapat dua jenis senaman yang penting untuk membina dan mengekalkan ketumpatan tulang. Senaman-senaman itu adalah senaman menanggung berat dan senaman menanggung berat impak tinggi, rendah.

Senaman menanggung berat

Senaman ini merangkumi aktiviti-aktiviti yang membuat anda bergerak menentang graviti ketika berdiri tegak. Senaman menanggung berat pula terbahagi kepada impak tinggi atau impak rendah. Senaman ini direka untuk dilakukan bersama-sama dengan program senaman menanggung berat. Ia tidak mengantikan keperluan untuk berjalan atau senaman menanggung berat yang lain.
Senaman menanggung berat impak tinggi membantu membina tulang dan mengekalkan kekuatan tulang.

Beberapa contoh senaman menanggung berat impak tinggi adalah:

  • Menari
  • Membuat aerobik impak tinggi
  • Mendaki
  • Joging/berlari
  • Melompat tali
  • Menaiki tangga
  • Tenis

Senaman menanggung berat impak rendah juga boleh membantu memastikan kekuatan tulang dan lebih selamat bagi mereka yang tidak boleh melakukan senaman impak tinggi. Sekiranya anda tidak boleh melakukan aktiviti senaman menanggung berat impak tinggi, cuba lakukan senaman impak rendah. Beberapa contoh senaman menanggung berat impak rendah adalah:

  • Menggunakan mesin latihan elips
  • Membuat aerobik impak rendah
  • Menggunakan mesin memijak tangga
  • Berjalan pantas di atas treadmill atau di luar

Makanan sihat untuk hidup sihat

Kita semua ketahui bahawa Kalsium dan Vitamin D sangat penting untuk pembinaan tulang yang kuat. Tetapi kebanyakan orang tidak ketahui bahawa kita kehilangan kalsium setiap hari apabila kita berpeluh atau pergi ke tandas. Bagaimanapun, badan kita tidak dapat menghasilkan kalsium. Oleh itu, adalah penting bagi kita membekalkan nutrisi kepada tulang kita. Antara sumber baik kalsium adalah makanan berkalsium tinggi seperti susu dan hasil tenusu, beberapa jenis sayur-sayuran hijau, dan ikan.

Hasil tenusu –Susu Rendah Lemak yang berkalsium tinggi seperti Anlene, yogurt dan keju adalah pilihan yang baik. Sekiranya anda suka jenis makanan ini, ia merupakan cara yang mudah untuk anda memperolehi kalsium yang mencukupi . Adalah penting anda mendapatkan kalsium yang secukupnya daripada makanan yang anda makan. Apabila makanan anda tidak mengandungi kalsium yang secukupnya untuk keperluan badan anda, kalsium akan diambil dari tulang anda.

Ikan – Sardin dan salmon(dengan tulang) dalam tin merupakan cara baik untuk mendapatkan kalsium. Anda juga boleh mendapat kalsium dengan memakan udang dalam tin. Ikan berlemak seperti salmon, kembung , tuna dan sardin, ini adalah antara cara-cara lain untuk mendapatkan Vitamin D.
Buah-buahan dan sayur-sayuran – Beberapa kajian telah mengaitkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak dengan kesihatan tulang yang lebih baik. Sebab buah-buahan dan sayur-sayuran menggalakkan tulang yang sihat masih belum jelas. Sesetengah saintis percaya buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi nutrien tertentu yang penting untuk tulang.

Kurangkan pengambilan minuman beralkohol dan minuman mengandungi kafein – Minum minuman beralkohol dengan terlalu banyak boleh mengakibatkan kehilangan jisim tulang. Mereka yang minum terlalu banyak alkohol tidak mendapat kalsium secukupnya dan ia mungkin juga akan mengurangkan bekalan kalsium badannya. Kopi dan teh mengandungi kafein. Kafein juga akan mengurangkan sedikit penyerapan kalsium. Jadi dengan minum lebih daripada tiga cawan kopi setiap hari boleh membahayakan kesihatan tulang. Sekiranya anda gemar minum kopi dan teh, anda boleh membantu dengan mengganti semula sebarang kehilangan kalsium dengan mendapatkan kalsium secukupnya sebagai memenuhi keperluan badan anda.

Sumber: Berita Harian

Perbezaan OsteMatrix Shaklee:

  • Kadar Penyerapan 99% 
  • Formula unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati.
  • Mengandungi Kalsium, Magnesium, fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan Boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.  

*Ostematrix diambil di dalam set cadangan ibu dalam berpantang, ibu menyusukan anak, wanita mengandung, wanita yang menyusukan anak atau mengandung yang mempunyai masalah sembelit dan wanita yang menjaga kesihatan tulang! ^_^

0195738234
Baca lagi tentang SET BERPANTANG SHAKLEE
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

One Response
  1. March 12, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!