Panduan Memilih Pam Susu dan My Milk Booster!

Semalam dapat call dari kawan abang, katanya nak pinjam pum susu. Aku pun menyelongkar kotak-kotak yang ada mencari pum manual anakku yang aku beli time mengandung kat adam dulu. Sangat berjasa pum manual aku tue. Sebelum aku beli pum2 yang lain, pum anakku manual tue lah yang menabur jasa dan bakti. chewah ayat.
Waktu mengandungkan Adam, budget pun kurang, yer lah, aku tak kerja lagi time tue, dan tak pandai nak business2 lagi time tue, padahal 24jam online. haduhh..Allah tak tunjuk jalan lagi..huhuu..Jadi kami beli jer pump susu anakku..itu pun almost rm90 gak..nak beli yang mahal-mahal nak jimat..sebab tak tahu pentingnya pump tue, mula2 niat emergency je kot guna pump susu..serius waktu mengandung, tak pernah niat nak menyusukan Adam sepenuhnya..Ilmu tentang bf tue masih kurang dan dalam fikiran waktu tue cakap, “aku ada susu ke nanti?”.
Tapi bila dah bersalinkan Adam, Adam kena kuning lama sangat, susu ibu is the best for him dan alhamdulillah susu pun meriah. syukur. Tapi yang sedihnya time Adam masuk wad sebab kuning, aku nak pump susu guna pump manual sangatlah seksa..sebab waktu awal-awal susu malu-malu lagi dan aku pun masih tak biasa dengan pump tue. Jadi aku pun nekad beli pump elektrik, dan melalui pembacaan aku di group dan melalui google, pump Spectra 3 kena dengan budget aku pada waktu itu. So aku beli dekat onebabyworld secara online. 1-10, aku bagi rate 8 kat pump Spectra 3 tue..lagi dua mata ditolak sebab, setiap kali nak pump kena cari plug, dan berat! huhuu.. 
Aku masih ingat waktu aku mula-mula nak pump susu di sekolah. Jenuh cari plug! Last-last pump di surau, tue pun risau juga takot budak-budak yang aman dan jaya mengintai ke. Oh serius risau! Tapi berjaya menyusukan sepenuhnya hinggalah aku mengandungkan Damia pula! Susu makin kurang, dan Adam mula minum susu FM! Sedihnya hanya Allah yang tahu!
Waktu aku mengandung Damia, time tue dah pandai cari duit lebih, dah pandai cari side income, so kalau nak beli benda2 yang rasa sayang nak pakai duit gaji, memang beli pakai duit untung business je. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Aku banyak cari maklumat tentang pump susu waktu mengandungkan Damia. dan survey harga pump dekat seller2 yang jual online (Aku xdak masa nak p kedai offline, n dah tau kat  luar mahal sbb d negeri KEDAH). Jumpa la 2,3 seller yang bagi harga menarik. Tapi disebabkan rasa lambat lagi nak bersalin, aku hold dulu. Spectra 3 dah selamat dijual. Untungnya beli benda-benda macamnie ialah sebab kita boleh jual balik. 
Tak sangka pula nak bersalin awal di 32 minggu. Jadi aku order pump susu pun online. Nasib boleh online pakai hp jer n order dan nasib baik kebetulan ada ready stock! Alhamdulillah dapatlah aku pump susu Madela Freestyle idaman kalbuku.. Beli hasil duit business dan en suami top up sikit.. Memang best pakai pump nie. Boleh pump di mana-mana saja. Waktu berulang alik bagi susu kat damia waktu damia masih di hospital, aku kerap pump dalam kereta saja. Mudah kan? Mahal tapi sangat berbaloi-baloi! Waktu bersalinkan damia aku mula kenal produk Shaklee, aku mula ambil ESP dan susu alhamdulillah meriah sampai hospital call aku suruh ambil susu aku bawak balik sebab fridge hospital dah penuh. Boleh plak macam tue?

Ok jadi kesimpulan yang dapat aku buat, kalau nak beli pump kena pikir beberapa faktor,
  1. Duit. Ada duit lebih, beli pump mahal sikit
  2. Keadaan tempat kerja. (aku di sekolah sikit punya susah nak cari tempat yang ada plug, jadi skrg ada FS tak pening kepala dah)
  3. Keadaan kerja. (Kerja cikgu kadang gap 30 minit, 20 minit jer, mana nak solat, mana nak makan lagi, bila beli FS nie best sebab jimat masa sebab double pumping!! 🙂 
sms@whatsapp effa 0195738234
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

4 Comments
  1. February 24, 2013
  2. March 5, 2013
  3. March 8, 2013
  4. March 8, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!