Bukan senang nak senang (entry lama yg lupa nak post) ;)

Aku baru masuk bilik. Dua orang jejaka hatiku dah nyenyak tidur. Damia pun sama. Alhamdulillah Damia dah tak meragam macam semalam. Semalam apa yang tak kena aku pun tak tahu. Menangis sampai jam 3 pagi. Aku syak ada ‘sesuatu’ sebab en. suami balik tengah malam sebab balik dari operasi semalam. Tapi aku diamkan, bacakan ayat2 yang patut, tidur juga walaupun dah lewat. Bangun pagi tadi, masih meragam. Sebelah tangan Damia macam sakit jer sebab tengok dia tak angkat pun tangan kanan dia. Aku hanya mampu baca doa dan sapu Jerslin Oil dengan harapan Damia akan pulih. Kalau tak ok juga, cadangnya nak bawa g PMC. Aku dah mula terbayang kena xray tangan Damia. Tapi, lepas mandi petang, tengok2 Damia dah mula angkat tangan kanan dia.Alhamdulillah. Malam nie, tak meragam macam semalam. Allah makbul doa mama. Alhamdulillah.
Sewaktu type entry ni, aku kat Alor Janggus nie. Adam, sikit tak cari mama dia. Sibuk main dengan mak su dan pak tam dia. bila aku masuk bilik n tengok adam dah tidur,ralat pula rasa. sebab tak sempat nak sembang mlm dengan anak bujang mama sorang nie. Rindu punya pasal, mama peluk bantal busuk hijau adam. Kalau ikut hati, macam nak kejutkan jer. Aku busy buat APDM sampai anak tidur sendiri je (oh, i really love my job! :b). Memang aku sangat suka mengajar. Tapi, kerja-kerja pengkeranian? Bukan kesukaan aku! Kalau nak jadi kerani, baik jadi kerani terus, so senang nak tumpu kerja. Tapi, bila dah bergelar guru nie, kerja pengkeranian mengalahkan mengajar, sedangkan tugas hakiki adalah mengajar. So apa cer?
Kalau kaya, aku sendiri nak membesarkan anak-anak depan mata sendiri. Tak mau hantar bs. Boleh masak kek, apa-apa resepi yang tekak anak-anak dan suami nak makan pada bila-bila masa. Oh, cita-citaku sekarang, suri rumah sepenuh masa dengan empayar business sendiri. InsyaAllah..
Bercerita tentang business, bukan senang nak senang. Tapi memang senang nak susah. Bila2 masa Allah boleh tarik balik nikmat dunia. Kalau serius nak business, bila2 masa contact je fa. InsyaAllah fa akan share macam mana. Janji rajin dan alasan kena buang jauh2.  Cari penyelesaian utk alasan. Sebab alasan takkan pernah habis.
**Nak order brg2 Shaklee contact je fa terus tau.. 😉 sms@whatsapp 0195738234

Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!