TIP PENJAGAAN JANTUNG


Banyak penyakit yang boleh meningkatkan risiko untuk anda mendapat serangan jantung atau strok antaranya tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, fibrilasi atrium atau kencing manis . Mengambil tindakan seawal mungkin dapat membantu untuk mengurangkan peluang anda mendapat serangan jantung dan strok.


Set Healthy Circulatory Shaklee dibawa khas dalam membekalkan nutrien yang penting dalam mengekalkan jantung yang kuat dan sihat.

Suplement untuk jantung
Untuk mengekalkan jantung yang kuat dan sihat, anda tidak perlu menunggu sehingga umur anda mencecah 40an atau anda mendapat simptom2 penyakit jantung. 

Amalkan gaya hidup yang sihat dari awal untuk masa depan anda dan keluarga anda.

1. Sedikit latihan setiap hari. 
Senaman yang sederhana dapat mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 30% kepada 50%. Cuba luangkan masa 30 minit untuk senaman aerobik sekurang-kurangnya 5 hari seminggu. Selain itu cuba untuk berjalan kaki selama 15 minit pada waktu pagi dan sebelum makan tengah hari.

2. Tetapkan matlamat yang bersesuaian untuk menurunkan berat badan. 
Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau obes, anda tidak perlu untuk kurus dengan mendadak untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Ini kerana dengan penurunan 5% hingga 10% daripada berat badan anda sudah dapat menurunkan tekanan darah, tahap kolesterol dan gula dalam darah.

3. Ambil ubat jantung anda. (sekiranya telah disahkan menghidap penyakit jantung)
Satu kajian mendapati bahawa 130,000 rakyat Amerika mati setiap tahun kerana mereka tidak mengambil ubat-ubatan jantung menbgikut apa yang telah doktor mereka sarankan. 

4. Jaga pemakanan.
Makan mengikut diet yang sihat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 24%. Isi pinggan anda dengan pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, ikan, dan daging tanpa lemak.

5. Makan coklat sedikit. ( I LOVE CHOCOLATE)
Beberapa kajian menunjukkan bahawa orang yang makan coklat lebih daripada sekali seminggu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak hampir 40%, kencing manis kira-kira 30%, dan strok kira-kira 30%. Sehingga penyelidik menentukan jumlah coklat yang sebenar untuk mengurangkan risiko, sebaiknya ambil coklat dalam kuantiti yang kecil supaya anda tidak mendapat berat badan berlebihan dan akan membuatkan jantung anda bekerja keras.

7. Jangan merokok. 
Merokok secara mendadak meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Anda tidak perlu menjadi antara salah seorang dalam statistik perokok. Setiap tahun, kira-kira 46000 orang mati akibat penyakit jantung yang berkaitan dengan pendedahan kepada asap rokok mereka.

8. Berjumpa la dengan doktor gigi. 
Mencuci gigi anda setiap 6 bulan boleh mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 24% dan strok sebanyak 13%. Seseorang doktor gigi juga boleh melihat tanda-tanda penyakit jantung – seperti gusi bengkak atau gigi longgar.

9. Memberi perhatian kepada gejala/simptom/tanda luar biasa.
Jangan berharap simptom2 anda akan pergi begitu sahaja. Berjumpalah doktor anda untuk sebarang tanda-tanda luar biasa – seperti sesak nafas, perubahan dalam rentak jantung, atau keletihan. Terdapat banyak rawatan awal yang doktor boleh lakukan untuk merawat masalah jantung – sekiranya anda berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor.
 

Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!