Diari Seorang Ibu: Tanda-tanda anda hamil!


Salam ceria di hari ahad ini.. alhamdulillah mood happy hari ni sbb kesihatan anak makin pulih.. terima kasih kepada yang mendoakan..
Saya nak share tentang tanda-tanda awal kehamilan yang biasanya ibu-ibu rasa..atau kdg kita tak perasan pun.. maklumat ni hasil pembacaan sy dlm buku ‘Mum 2 mum pregnancy guide’ and ‘your pregnancy week by week’


1. Bengkak payudara dan puting sensentif
-ini merupakan salah satu tanda yang sangat ketara ketika ibu mula hamil. Ibu akan rasa sakit dan bengkak payudara serta kawasan areola yang semakin hitam..Ini adalah kerana badan ibu sedang bersedia untuk menghasilkan susu. Jadi hormon meningkat yang menyebabkan simptom ini. Selain itu puting pun akan terasa lebih sensitif. Gambar breast kiri adalah sebelum hamil dan kanan adalah ketika hamil.

2. Loya atau ‘morning sickness’
-Kebanyakkan wanita mengalaminya. Sesetengah pakar mempercayai ia berlaku akibat ketidakserasian gene ibu dan ayah ketika bersatu (tetapi ini tidak membawa apa2 maksud dlm kehidupan). Selalunya simptom ini hadir di waktu pagi ketika menggosok gigi, makan sarapan atau minum air tetapi ada juga ibu yang dapat simptom ini di hujung hari menjelang maghrib. Ada juga yang loya seharian tidak boleh makan dan minum sepanjang hari sehingga terpaksa di masukkan ke hospital.
Loya ini boleh di atasi dengan mengambil porsi makanan yang kecil tetapi lebih kerap. Ada sesetengah wanita berpendapat makanan masin and susu suam membantu.
3. Keletihan yang melampau
-Rasa letih yang melampau.Asyik rasa nak tidur sahaja walaupun beberapa minit. Dalam beberapa minggu awal kehamilan anak yg sedang terbentuk menggunakan tenaga ibu, jadi ibu akan berasa letih.

4. Kerap membuang air kecil
-Sebilangan wanita hamil akan rasa janggal pada awalnya kerana kerap ke bilik air. Keadaan uterus yang sedang membesar menekan pundi kencing dan keadaan ibu hamil yang akan menghasilkan lebih banyak air semasa mengandung. Keadaan ini akan kekal sepanjang 9 bulan 10 hari kandungan.

5.Ketidakselesaan perut
– Kadang-kadang sesetengah wanita akan rasa sakit dibahagian abdomen. Sakit ini seolah-olah sakit “PMS” yang kita dpt setiap kali sebelum dtg haid. Ini kerana telur yang baru disenyawakan sedang cuba untuk menempel di bahagian dinding uterus ibu. Dan uterus ibu sedang berkembang sebagai langkah bersiap sedia untuk sembilan bulan seterusnya. 

6. Perubahan kulit
– Disebabkan ketidakseimbangan hormon, kulit menjadi sensitif dan pigmentasi senang terbentuk..tapi jangan khuatir, ianya untuk sementara sahaja.

7. Peningkatan suhu badan (macam nak demam)
– Ibu selalu rasa panas dan mudah rasa macam nak demam. 

8. Perubahan mood dan kerap marah/melenting
– Dengan semua perubahan yang saya sebutkan di atas, di tambah pula dengan ketidakseimbangan hormon, kita lebih senang untuk marah dan emosi tidak stabil. Normal jika kadang-kadang ibu rasa sedih, sunyi, suram gembira silih berganti.. Jadi perlu diberitahu kepada suami kt ini semua hanya pembawakkan budak.. 🙂


Setiap kali hamil pasti akan ada perasaan dan simptom-simptom yang berbeza.. secara keseluruhannya mungkin sama. Semoga entry kali ini dapat memberi ilmu yang berguna kpd kita semua.

Sepanjang usia kehamilan adalah amat penting untuk kita ambil dan amalkan pemakanan yang seimbang.
Saya mengambil produk kehamilan shaklee iaitu vita lea, vita c/nutriferon (sbb vita c habis stok satu malaysia), bcomplex, ostematrix, omega dan esp dari seawal 8 minggu. Alhamdulillah ia memberikan sy lebih tenaga, ceria dan saya masih mampu meneruskan penyusuan anak sulung saya yang berusia setahun 8 bulan.  
 
NAK ORDER DGN HARGA ISTIMEWA?

https://www.facebook.com/mamadamdarwisy
https://www.facebook.com/LiveLifeHealthyWithShaklee
SMS@WHATSAPP 0195738234
credit

 
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!