Kenapa Perlu Air Untuk Kurus?

ANDA terlalu GEMUK? BMI sudah melebihi dari angka yang sepatutnya? Sudah berhabisan wang ringgit untuk ke pusat-pusat kecantikan dan pengurusan badan tetapi hasilnya tetap mengecewakan? Tetap juga tidak kurus?

credit for pakcik google


Anda juga sibuk mengambil keperluan serat dan nutrisi. Mencuba makanan itu dan ini, kononnya untuk kurus dan tidak kurang juga yang sibuk berdiet. Senaman tidak dilupakan, sama ada ke gym atau sekadar berjogging di taman-taman. Bagaimanapun, hasilnya tidak terlalu berbaloi. Mana silapnya? Apa lagi masalah ya? Bagaimana pula dengan air? Anda ambil secukupnya?
tq pakcik google
AIR!!!
Air untuk kurus? Biar betul?


YA BETUL!!air putih dan bukannya airasia or air manis. Sebenarnya, kekurangan peratusan air dalam badan boleh membantutkan proses pelansingan anda terutamanya jika anda memang sedang giat berdiet.  Mengapa saya berkata demikian? 

Di bawah disenaraikan mengapa air sangat penting dalam proses pengurusan dan pelansingan badan:


Peratusan penurunan berat badan sangat dipengaruhi oleh peratusan kehilangan air dalam tubuh juga. Pernah dengar “gemuk air”? Sebenarnya bukan air yg menggemukkan tetapi lemak. Jadi, sangatlah penting untuk minum byk air bg menghindarkan diri dari terkena hidrasi sewaktu proses penurunan berat badan.  

Proses pembakaran kalori memerlukan bantuan air agar lebih efektif. Dalam erti kata lain, air juga mempengaruhi fungsi metabolism tubuh. 
Sewaktu tubuh membakar kalori, tubuh juga mengeluarkan toksin, air dalam tubuh akan memainkan peranan membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan. Jadi, jangan jadikan alasan untuk kurang minum air kerana takut kerap ke bilik air kerana yang dibuang adalah toksin dalam badan. 
Apabila berlaku hidrasi, ia akan menyekat pengaliran darah dalam tubuh, dan mengurangkan bekalan oksigen dalam otot di mana anda kan berasa cepat letih. Bila ini berlaku, anda pasti tidak mampu untuk melakukan senaman atau bergerak aktif untuk membakar lemak. 
Selain itu, air juga mambantu mengekalkan pembentukan dan kontraksi otot tubuh sewaktu kita bergerak atau bersenam. Bekalan air yg cukup boleh menjauhkan kita daripada mengalami risiko kekejangan otot atau otot mudah membengkak sewaktu melakukan aktiviti senaman. 
Pengambilan serat dan protein adalah amat penting dalam proses diet anda tetapi fungsi serat akan terhalang tanpa air yang cukup. Jadi, itulah sebabnya mengapa anda masih mengalami sembelit meskipun sudah mengambil keperluan serat yg cukup. 
Minum air juga ada aturannya, pengambilan air pada waktu yang tepat dengan jumlah yang cukup akan memaksimumkan keberkesanan fungsi tubuh. Dua gelas air sebaik bangun tidur akan membantu kelancaran proses penghadaman, satu gelas air sebelum mandi membantu merendahkan tekanan darah, satu gelas air sebelum tidur akan mengelakkan strok atau serangan jantung. Bukan sahaja turun berat badan, tetapi juga sihat dan murah. 
Setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang dua liter air dari badan melalui proses perkumuhan, pernafasan dan aktiviti2 lain. Jadi kita perlu menggantikan air yang hilang itu supaya proses di dalam badan tidak terganggu dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme. 
Minum sebotol air mineral sejam sebelum  bersukan atau melakukan senaman, pasti anda akan berpeluh dengan banyak dan mengeluarkan toksin dari tubuh dengan cepat. Selagi toksin yang terkumpul dalam badan tidak dibuang, selagi itu anada tidak akan mendapat berat badan yg diimpikan. 
Minum sekurang-kurangnya 2  hingga 3 liter sehari bagi memenuhi keperluan air dalam tubuh bergantung juga kepada keperluan dan tahap aktiviti mengikut individu. Air akan hilang sebanyak 1 mililiter bg setiap 1kcal yang digunakan dalam kegiatan harian. 
Jika anda pernah mengikuti program pengurusan berat badan tak kira sama ada melalui pemakanan atau di pusat2 kecantikan, pasti anda akan ditegaskan supaya minum banyak air. Tak percaya? Tanya pada yang pakar.
    Selamat mencuba!!!
     credit
    Berminat tentang produk Shaklee?
    Hubungi saya sekarang!!
    Your Shaklee Independent Distributor
    Mamaa Adamia
    ♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
    ♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
    https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
    ♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    One Response
    1. January 1, 2015

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge

    error: Content is protected !!