Cepat sihat yer sayang~~!!

Adam sedang tidur.. so sempat lah mama nak update blog..masuk hari nie dah hari ke 3 anak mama tak sihat..cepat sihat na sygg..kecian mama tengok bila adam nanges sebab sakit..dah tue mama nak tgk adam tak bagi..jenuh p bukak mulut nak bubuh ubat.. hari ni naseb baik adam nak gak makan nestum n milo ice mama buat pagi tadi..dah org cakap bagi makan benda sejuk n lembut kan..stg aku nak jamu ice cream plak..
doktor cakap adam sakit HFM..benda pa HFM tue?untuk sapa yang masih tak tahu..meh baca info nie..

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Definisi

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.

Sebab-sebab
Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.

Tanda-tanda dan gejala
  • Demam yang ringan
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Sakit tekak
Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

Siapa yang mudah dijangkiti?
Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

Adakah penyakit ini berjangkit?
Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.

Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?
Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.

Bagaimana diagnosis dijalankan?
Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.

Rawatan
Tiada rawatan yang khusus.
  • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
  • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
  • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
  • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi
Pencegahan
  • Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
  • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi
  • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti
Komplikasi
Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.

Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?
Tiada vaksin untuk penyakit ini.

Bila perlu berjumpa doktor?
  • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
  • Letih/lesu
  • Kulit dan lidah yang kering
  • Resah gelisah (irritable)
  • Sawan
  • hilang sedar
Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-
  • Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
  • Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
  • Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama

Seksa tau bila kita ada walaupun 1 ulser dalam mulut.. tambah plak adam ada banyak ulser dalam mulut..kalau mama boleh pindah sakit tue kat mama, dah lama mama buat.. nak bagi adam makan ubat punya la seksa..kena lebih dari sorang kalau nak mkn ubt..tapi kalau tak dak sapa mcm hari nie, ku buat jugak lah dengan kudrat yang ada.. tapi bila adam dah makan ubat, nampak macam ok balik sebab dia mula bermain..tapi sekejap je, bila kesan ubat tue hilang..konsert adam darwisy pon bermula…huhu..menangis jer..
bila anak sakit nie, mmg menguji kesabaran..kadang2 terlepas rasa tak larat, letih, nak marah tue kt en somi..tak sengaja..ampun yer syg..tue baru sakit sikit..Allah uji sikit je tue..harap2 anak mama cepat sembuh..
P/S :: Nasib baik sekarang mama tgh cuti sekolah.. 

kesian anak mama sorang nie..

Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!