My First Red Valvet Cake! (RVC)

waaa..rasa ketagih nak update blog.. tapi apakan daya.. masa tak dak.. al-kisah terbukulah semua perkara dalam hati ini…(macam lah semua benda aku tulis dalam blog nie kan?cannot2..privacy matter okeh!)..huhu..

hujung2 tahun ini setelah agak relax lebih kurang seminggu..(aku la rasa aku relax)..haha..hujung tahun memang busy..musim dan demam peperiksaan katakan..semua cikgu pulun bagi pecutan akhir kat pelajar..masalahnya cikgu yang pulun lebih nie, pelajar??seolah2 macam cikgu pecut guna kereta EVO 10 kan..pelajar  “ligan” dengan “gerek”..tau tak gerek? GEREK = basikal okeh..bukan GEREK=bf/gf plak!..kedah n sarawak bahasa yang sangat berbeza..

aku punya intro skit punya panjang..tak related dengan tajuk aku nie..hujung minggu hari tue aku sempat buat RVC..kek untuk birthday adam n nadia (adikku)..mcm la adam makan kan?haha.. Red Velvet Cake yang menjadi sebutan ramai dalam alam maya nie..kat luar kalau sebut kat kwn2, depa tak taw pon..huhu..sebelum aku buat, aku buat research kat banyak blog..yang sempat aku salin pon dari Joy of Baking..macam best je baca testi org tentang resepi kat situ..membe alam maya aku, chef part time nie pon bg resepi..tapi last minit time nak buat, resepi tue tak boleh bukak pulak..(kes malas salin). tapi next time nak try buat ikot resepi Puan Suzy pulak..
tapi kan, topping aku agak derhaka..susah gila nk deko…ampunnn..sebab guna resepi sndri sebab kekurangan bahan..hahahha..
ramai request resepi, so aku pon letak kat sini je la walaupun aku pon copy paste dari joyofbaking jer..
RESEPI RED VELVET CAKE
source : joy of baking
terjemahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan Kek

·                     250g tepung kek *
·                     1/2 sk garam *
·                     15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
·                     113g @ 1/2 cawan butter
·                     160g gula kastor – resepi asal 300g
·                     2 biji telur gred A – hana gune 3 biji size M
·                     1sk esen vanila
·                     240ml @ 1 cawan buttermilk – jika tiada ikut cara dibawah
·                     2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah – hana buh 1sm jer – bleh ltk 2sm
·                     1 sk cuka
·                     1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
·                     227g cream cheese
·                     227 mascarpone – hana ganti cream cheese
·                     115g @ 1 cawan gula kastor
·                     360ml @ 11/2cawan whipping cream
Cara-cara
·                     Cara penyediaan buttermilk – Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
·                     Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
·                     Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
·                     Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
·                     Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
·                     Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
·                     Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
·                     Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
·                     Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
·                     Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
·                     Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
·                     Potong dan hidangkan.
okeh? ada paham tak?resepi topping my version tak boleh nak update dalam nie sebab version derhaka..hahaha..semua org kata sedap..lg lama dlm peti ice lg sedap..masuk hari ke2 kek nie dah licin..hehe..mmg berbaloi la mencuba..jom kita layan pic plak!! selamat mencobaaaa!!
TERGODATAK?HAHA        

HAPPY BIRTHDAY ADAM N NADIA!

YANG NIE PLG TAK TAHAN BEB!MENGIURKAN!!

Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!