28 Julai 2011 Appointment at Penang General Hospital

Alhamdulillah di kala aku sedang type nie, hujan turun dgn lebatnya..dah lama tak hujan macam nie..hujan yang diturunkan ALLAH..syukur..
 
sudah lama tidak menulis di diary online nie..canggih manggih tol diary aku kan?tak semua yang boleh diceritakan dalam diary online nie..dulu pernah aku buat diary zaman sekolah2 dahulu..tapi tak pernah nak jadi pon..aku nie bukan jenis yg begitu..sistematik nak menulis semuanya di dalam sebuah buku..itu SANGAT BUKAN aku k!huhhu
Hari ini aku ambil CUTI REHAT KHAS yang hanya ada 7 hari bagi setiap guru..sikit kan?mungkin alasannya guru dah banyak CUTI SEKOLAH..aku ambil cuti pon bersebab..bukan suka-suki yer..kalau ikutkan hati aku, tak nak la ketinggalan hari KOKURIKULUM di sekolah tue sebab aku pon tokey kedai..hak3..tapi apakan daya, work vs family, i prefer to choose my family..
dalam entry yang lepas aku ada ceritakan sikit tentang abahku yang sakit..yaa..abahku yang sakit since 1997 until now..n pernah operate in 2004 untuk buang tumor yang juga boleh dikatakan sejenis canser sebab merebak..aku pon tak tahu, tapi doc yang aku jumpa tadi sebut KANSER..
waktu operation in 2004, tak semua tumor yang boleh dibuang disebabkan very HIGH RISK kalau nak buang semua tumor tue..faham2 lah kan kalau dah melibatkan OTAK nie kan..after operation, my father condition is getting better but still lumpuh sebelah..tapi sejak dua menjak nie, lumpuh sebelah abah makin teruk..pakai baju sendiri pon tak boleh dah..angkat tgn pon sama..dan mengikut ujian MRI yang terbaru menunjukkan tumor abah yang dari 1cm tue dah membesar menjadi 6cm!! itu mungkin salah satu sebab kenapa abah makin sakit sekarang..
Hasil ujian MRI otak abah..aku nk tunjuk dan terang balik pon xreti
tadi jumpa doc, doc ckp bagus sbb semua family member dah berkumpul, dan doc pon terangkan risk2 yang mungkin jadi kalau operate dan kalau tak operate, dan doc suruh fikirkan masak2, bincang sama2 keluarga..dua2 option is very HIGH RISK..i know my dad bercelaru fikirannya..my mom also..melayankan semuanya itu..kalaulah boleh diterangkan di sini..tak pe mama, fa yakin mama kuat..sama2 kita harunginya..
after few hour discuss, we decide to agreed with d operation..what r other choice that we have?yang selebihnya TAWAKAL kepadaMU YA ALLAH..baik punya discuss tadi, ada doc SIGH (tol tak eja) alaaa, yang pkai serban tue..hahaha..dia datang mencelah..aku ingatkan siapalah dia nie..rupa2nya ketua jabatan..patutlah doc yang tadi macam menurut je..kami sekeluarga agreed utk tunda skit je tarikh operate tue..selepas raya ok..biarlah sambut raya dulu.. so after discuss, abah akan admit ward di hospital Penang on 11 september dan operation will b held on 14 september..hopefully everything will be fine..
btw, doc tue siap cakap tentang SELAPUT OTAK abah yang mungkin dah rosak sebab electric treatment..alaaa, mcm laser gak tue..(aku pon tak taw sgt)..so mungkin SELAPUT OTAK abah akan digantikan dgn yang PALSU..siap nak kena GAM lagi doc tue sebut..kos SELAPUT dan GAM tue almost RM4000 kot! tp duit tue boleh dicari..yang penting abah sihat kembali..
aku kesian jugak tgk mama, mama pon cikgu mcm aku..cuti rehat tinggal 2 hari je lagi..kalau abah sakit nanti, macam manalah nak berulang dari Alor Star ke Penang tue? Moga2 Allah permudahkan segala urusan keluargaku..amin…
jom layan pic plak..
syok yer adam
cucu sulung TOK AYAH
haaa…nie la asalnya pipi yang BERLUBANG kami adik beradik!skrg turun kat cucu pulak!hehe
Adam nak jalan la mama!
Berminat tentang produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Mamaa Adamia
♥ SMS | WhatssApp : 019-5738234
♥ FB Page : https://www.facebook.com/Ourlovebonding
https://www.facebook.com/Pengedarvitaminsungaipetanikedah
♥ Email : dinkygurlz@yahoo.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!